KL TODAY
PETALING
JAYA: Calon Naib Ketua Pemuda Umno Lokman Noor Adam berharap tiada lagi
isu skandal politik wang sehingga menjejaskan perjalanan Pemilihan
Umno 2013. Menjangkakan amalan itu masih wujud, beliau berkata
perwakilan kini bijak memilih pemimpin yang benar-benar layak dan bukan
hanya bersandarkan kepada pengaruh wang semata-mata.
“Memang
pasti ada tetapi perwakilan bijak. Mereka (perwakilan) terima (wang)
tetapi akan memilih berdasarkan kemampuan calon untuk berkhidmat kerana
usaha membeli undi ini takkan kemana-mana,” katanya dalam satu
wawancara ekslusif dengan FMT semalam.
Lokman
berhadapan dengan Exco Pemuda, Jamawi Jaafar; Ketua Pemuda Negeri
Perak, Khairul Azwan Harun dan Ketua Pmeuda Bahagian Lenggong, Izuwan
Dzulkefli pada 19 Oktober ini menggantikan Datuk Razali Ibrahim yang
sudah melebihi umur.
Walau
bagaimanapun, beliau berpandangan adalah di’halal’kan jika wang itu
diberikan untuk menanggung kos tanggungan perjalanan dan makan minum
perwakilan sepanjang pemilihan Oktober nanti.
“Bagi saya
kalau takat membiaya kos makan minum dan duit minyak parti wajar
menghalalkannya kerana tidak adil membebankan perwakilan yang datang
dari jauh untuk mengenali calon.
“Namun janganlah sampai ke tahap membeli undi dan bagi wang dengan jumlah yang banyak,” tegasnya.
Tidak
menafikan ada segelintir perwakilan yang memilih kerana duit, Lokman
berkata tidak adil melabelkan Umno sahaja yang mengalami masalah ini
kerana perkara sama turut berlaku dalam parti politik yang lain
termasuk PKR dan PAS.
“Ketua
Dewan Ulama PAS Pusat Ustaz Daud al-Iraqi dulu pernah menyatakan
berlaku politik wang dalam PAS semasa pemilihan parti 2008,” katanya.
Meskipun
tidak memiliki faktor kelebihan itu, beliau bagaimanapun yakin
permainan politik wang tidak akan menjejaskan peluangnya meraih
sokongan meraih undi bagi merebut peluang menjadi ‘orang kanan’ kepada
Ketua Pemuda Umno.
“Saya cukup yakin boleh menang pemilihan kerana duit bukan segala-galanya.
“Saya akui
bahawa saya berhadapan dengan mereka yang jauh lebih berkemampuan
daripada saya namun yakin ahli Umno khususnya Pemuda sudah lama matang.
“Sekiranya
Umno memilih pemimpin berdasarkan duit sudah pasti saya tak berpeluang
menang Exco Pemuda Umno 2009 dan saya yakin dalam pemilihan kali ini
yang melibatkan akar umbi peluang saya tidak akan terjejas teruk kerana
wang dan orang,” katanya.
Beliau
turut menasihati ahli Umno supaya sedar bahawa individu yang akan
dipilih kali ini merupakan pemimpin yang akan menggalas tanggungjawab
memenangkan Umno dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14
akan datang.
“Ini tugas yang sangat berat memandangkan kekuatan pembangkang semakin hari semakin kuat.
“Gunakanlah
amanah yang telah diberikan oleh ahli kepada perwakilan untuk memilih
mereka yang benar-benar mahu berkhidmat untuk parti dan boleh diterima
oleh semua rakyat,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan