Sabtu, 28 September 2013

SUARAM Selar Kerajaan: Pindaan Tanda Polis Gagal Tangani Jenayah

KELAB GREENBOC
 
NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menyelar tindakan kerajaan yang memperkenalkan peruntukan baru yang memberi kuasa membuat penahanan tanpa bicara dalam pindaan Akta Pencegahan Jenayah.

Pengarah NGO tersebut Dr Kua Kia Soong berkata, tiada negara demokratik dan bertamadun dalam dunia yang menyelesaikan jenayah mereka dengan menggunakan kaedah penahanan tanpa bicara.

Katanya, peruntukan baru yang memberi kuasa untuk penahanan selama dua tahun itu merupakan petunjuk jelas bahawa pasukan polis mengakui mereka tidak cekap dalam mencegah jenayah.

"Pindaan akta pencegahan jenayah ini adalah pengakuan terbesar kegagalan dan ketidakcekapan polis.

"Tiada negara dalam dunia bertamadun dadalam dunia yang demokratik yang kerajaannya menggunakan penahanan tanpa bicara untuk menyelesaikan kadar jenayah," kata Kua pada sidang media pagi ini.

Katanya, kerajaan juga sebelum ini tidak memberi alasan yang meyakinkan apabila mengaitkan mengenai peningkatan kadar jenayah dengan pemansuhan Ordinan Darurat.

"Ia alasan yang sangat dangkal dan tidak kukuh," katanya pagi tadi selepas pelancaran Laporan Hak Asasi Malaysia Suaram 2012: Hak Sivil dan Politik di Kuala Lumpur.

Kerajaan semalam membentangkan Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah (PCA) yang membenarkan kerajaan mengenakan semula tahanan tanpa bicara untuk tempoh dua tahun pada satu-satu masa.

Ia antara lainnya mencadangkan peruntukan baru, Seksyen 7(B) berhubung pembentukan lembaga pencegahan jenayah dengan tiga anggota, yang diketuai oleh hakim daripada Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Cadangan tersebut memberi kuasa kepada lembaga berkenaan untuk menahan individu yang didaftarkan bawah akta itu.

Penahanan boleh ditambah tetapi tidak lebih dua tahun pada satu-satu masa.

Satu lagi peruntukan baru, Seksyen 15(A) menghalang semakan kehakiman terhadap keputusan atau tindakan lembaga tersebut, kecuali dalam perkara-perkara melibatkan prosedur. -mk

Tiada ulasan: