KL TODAY
PETALING
JAYA – Seperti yang dijangka keputusan pemilihan semula Jawatankuasa
Eksekutif Pusat (CEC) DAP menyaksikan kesemua 20 anggota ahli yang
dipilih dalam pemilihan Disember tahun lalu berjaya mengekalkan
kedudukan masing-masing dalam pemilihan semula yang dijalankan hari
ini.
Menduduki hearaki teratas ialah Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong yang berjaya memperolehi sebanyak 1,438 undi.
Sementara itu, Lim Kit Siang menduduki tempat kedua dengan undi sebanyak 1,436, hanya dua undi kurang berbanding Chin Tong.
Dalam pada
itu, satu-satunya anggota CEC Melayu, Zairil Khir Johari yang juga
merupakan Ahli Parlimen Bukit Bendera menduduki tempat ke-12 dengan
1,132 undi.
Sementara
Karpal Sing menduduki tempat ke-3 dengan undi sebanyak 1,421 diikuti
oleh anaknya Gobind Singh Deo dengan undi sebanyak 1,409.
Manakala
Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga merupakan penyandang Setiausaha
Agung DAP, Lim Guan Eng menjadi calon kelima popular dengan 1,304 undi.
Pemilihan
hari ini yang berlangsung menerusi Kongres Khas DAP diadakan susulan
keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang menolak keputusan pemilihan
pada Disember tahun lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan