KL TODAY
SELASA
lalu penyanyi kelahiran Akademi Fantasia, Mohd Aizam Mat Saman atau
Adam, 30, mengejutkan dunia hiburan dengan berita bakal menamatkan
zaman bujangnya dengan aktres berstatus ibu tunggal, Siti Zaidatul Fiza
Abdul Halim atau lebih dikenali dengan nama Fiza Elite, 32.
Lebih
mengejutkan, kedua mereka tidak pernah digosipkan bercinta tetapi
mengambil keputusan untuk berkahwin setelah dua bulan berkenalan secara
rapat.
Pasangan
sama cantik sama padan itu memilih tarikh 26 September (semalam) untuk
disatukan sebagai suami isteri di Jabatan Agama Islam Selangor, Shah
Alam dengan mas kahwin RM300 bersama hantaran sepersalinan lengkap.
Hanya
dengan sekali lafaz, mereka selamat diijabkabulkan oleh Pendaftar Nikah
Daerah Petaling, Suhaimi Ahmad Wakid dan berwakil bapa pengantin
perempuan, Abdul Halim dan dihadiri keluarga kedua pihak.
Menurut
Adam, hubungan mereka mula serius selepas dia menyapa Fiza melalui
pesanan ringkas Ramadan lalu kemudian mengambil keputusan untuk
bertemu.
Malah, perubahan Fiza setelah berhijab membuatkan hatinya terpikat kerana ia merupakan ciri-ciri utama wanita pilihannya.
“Pertemuan
pertama setelah Fiza berhijab benar-benar beri kesan kepada saya.
Selepas pulang dari perjumpaan itu, saya sering teringatkan dia
sehingga saya berdoa dan mohon petunjuk Ilahi.
“Apabila wajahnya muncul dalam solat, saya yakin dia jodoh saya dan terus melamarnya pada pertemuan ketiga,” katanya.
Adam, Fiza saling melengkapi
Bergelar
pengantin baru dan juga bapa ’segera’ kepada dua cahaya mata hasil
perkahwinan lalu Fiza bersama bekas suami, Ahmed Farriq Zainul Abidin,
bukanlah tanggungjawab yang sukar buat penyanyi yang pernah bernaung di
bawah KRU Records ini.
Menurut
Adam, sepertimana hatinya terbuka menerima Fiza, seperti itulah dia
menerima kehadiran Ferra Aryana 5, dan Feeya Adyrra, 4, dalam hidupnya.
“Alhamdulillah… sebelum bergelar suami, saya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai bapa kepada dua anak Fiza.
“Pengalaman
menjaga adik-adik sejak kecil akan saya manfaatkan selepas ini.
Insya-ALLAH, tiada masalah untuk menjaga mereka berdua,” katanya.
Ditanya mengenai reaksi ibunya, Adam berkata, pada mulanya ibunya agak
terkejut dengan keputusannya untuk mengahwini Fiza.
“Mulanya ibu ada bertanya sama ada saya mampu menjaga seorang wanitayang sudah mempunyai dua anak.
“Tapi hati
saya sudah terpaut dan status bukan penghalang untuk kami mengecap
bahagia,” ujarnya. Adam berkata, dia juga belum lagi merancang
destinasi bulan madu sebaliknya ingin fokus kepada majlis resepsi pihak
lelaki di Kota Kinabalu, Sabah.
Jelasnya, majlis tersebut bakal diadakan di rumah ibu saudaranya, tanpa upacara persandingan sebelum Aidiladha nanti.
Enggan terus hanyut
Adam yang
kini dilihat sudah berhijrah mendalami ilmu agama, mengakui semakin
tenang dan mengharapkan perkahwinannya bersama Fiza itu melengkapkan
lagi kehidupannya.
“Usia sudah meningkat dan saya tidak mahu terus hanyut dengan dunia penuh glamor.
“Saya
sedar dulu budak nakal dan jahil dalam agama. Sekarang ini saya mahu
kuatkan benteng agama dan kini sedang mendalaminya,” kata Adam.
Bagaimanapun,
jelas Adam, dia tidak akan menghalang Fiza untuk terus berlakon. Namun
sebagai isteri, dia mahu Fiza menjaga batas-batasnya.
“Selagi ia
tidak melanggar hukum agama, saya benarkan. Tapi saya tak sanggup
melihat isteri saya dalam adegan bersentuhan dengan mana-mana lelaki,”
ujar Adam yang akan menetap bersama isteri serta anak-anaknya di Kuala
Lumpur.
Masih
meneruskan karier seninya seperti biasa, Adam memberitahu, dia bakal
melancarkan single terbarunya, Penggoda Jiwa yang ditujukan khas buat
isteri tersayang.
“Ia
berkisar bagaimana seorang wanita yang mampu membuatkan lelaki menjadi
sasau apabila dilamun cinta. “Tidak dinafikan, ia juga sebagai simbolik
cinta kami kerana lagu ini ditujukan istimewa buat Fiza,” katanya.
Fiza semakin tenang
Sementara
itu, Fiza menjelaskan bahawa dia tidak menjangka jodohnya dengan
penyanyi kelahiran Sabah itu. Apatah lagi anak-anaknya juga sangat
selesa bersama Adam sejak pertama kali dipertemukan.
Jelas
Fiza, sebelum berkahwin lagi, kedua puterinya memanggil Adam dengan
panggilan Abi menunjukkan mereka sudah menerima Adam sebagai bapa
mereka.
“Anak-anak
saya seronok bersama dia (Adam). Tak sangka mereka serasi dan selesa
bermain dengan Adam. “Ketika Adam melamar, saya juga tidak sangka dia
betul-betul serius dan menerima status saya dengan seadanya,” katanya.
Fiza
berkata, dia juga semakin tenang sejak bertemu dengan Adam, malah
mengharapkan perkahwinannya kali ini akan kekal hingga ke akhir hayat.
“Saya tertarik dengannya kerana dia banyak bagi nasihat dalam agama sebab itulah saya tidak teragak-agak menerima
lamarannya. “Saya juga percaya dia mampu membimbing saya dengan baik,” katanya.
lamarannya. “Saya juga percaya dia mampu membimbing saya dengan baik,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan