BN naikkan harga petrol selepas PRK DUN Sungai Limau?
Posted in: Berita, Berita Nasional, Dasar Kerajaan Selangor, Fokus, Fokus Rakyat, Infrastruktur, Inisiatif Kerajaan Selangor, Integriti, Kebajikan Rakyat, Kecekapan, Kerajaan Selangor, Ketelusan, Maklumbalas Rakyat, Menyelesaikan Masalah Rakyat, Pakatan Rakyat, Pelaburan, Pencapaian & Prinsip Tadbirurus, Pengagihan Adil, Pengurusan Dana Rakyat, Perkhidmatan Kepada Rakyat, Perpaduan, Politik & Berita Nasional, Program Merakyatkan Ekonomi Selangor
597 views
– September 29, 2013
SHAH ALAM: Sekalipun tiada pengumuman kenaikan harga minyak yang heboh diperkata dalam media sosial, Biro Kepenggunaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yakin ia tetap berlaku dalam masa terdekat.
Menjangkakan kerajaan sekali lagi akan menaikkan harga bahan api petrol dan diesel dalam jangka masa terdekat ini.
Pengarahnya, Yahya Mat Sahri, kenaikan harga bahan api itu sukar dielak berikutan faktor kelemahan pengurusan kewangan pemimpin dan amalan rasuah dalam kerajaan Umno BN itu.
“Ini disebabkan penyusutan nilai mata wang kita yang terpaksa ditampung, pendapatan dan perbelanjaan tak seimbang, perbelanjaan terlalu tinggi dan hutang negara juga terlalu tinggi dan rasuah tidak dibendung.
“Kerajaan terdesak mencari sumber kewangan dan akhirnya mereka letakkan beban kepada rakyat.
Kalau begini senanglah kerja kerajaan, tak cari penyelesaian lain. Asal ada masalah ekonomi, semua hadapkan kepada rakyat untuk dipikul,” katanya kepada TV Selangor.
Yahya tidak menolak kemungkinan kerajaan mengambil kira faktor pilihan raya kecil DUN Sungai Limau tidak lama sebelum membuat keputusan menaikkan harga petrol.
Beliau turut menyelar kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan yang memberi alasan kenaikan itu disebabkan kenaikan harga antarabangsa.
“Kata terpaksa naikkan sejajar harga pasaran antarabangsa tetapi sebenarnya pasaran minyak antarabangsa ketika ini turun. Kita sahaja yang menaikkan harga,” katanya.
Selain itu, katanya alasan kenaikan bagi membenteras penyeludupan petrol di sempadan juga tidak masuk akal berikutan masalah itu sudah berlarutan sejak berpuluh-puluh tahun lalu.
“Ini bukan perkara baru, sudah berpuluh tahun dulu lagi. Kenapa sampai sekarang tidak dapat diatasi. Setiap kali timbul isu kenaikan harga minyak, mulalah timbulkan isu penyeludupan untuk jadikan alasan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan