Anggota Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang memfailkan saman berhubung satu rencana bertarikh di Utusan Malaysia bertarikh 18 Ogos 2013 bertajuk "Kit Siang manipulasi CEC?".
Rencana yang memetik sumber bernama 'Father Augustus Chen' mendakwa Lim memanipulasi kehadiran perwakilan serta pengiraan undi pada kongres parti Disember lalu bagi memastikan kedudukan beliau 'selamat'.
Dalam writ samannya, Lim mendakwa Utusan "tidak mengesahkan maklumat dan sumber maklumat itu dan bertindak melulu tanpa menghiraukan kebenaran perkataan yang diadukan".
Lim menuntut ganti rugi am, termasuk ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan untuk fitnah bertulis, faedah pada kadar dan masa yang ditentukan mahkamah, kos serta lain-lain perintah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Anggota Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo memfailkan saman tersebut bagi pihak di Lim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi.
DAP sebelum ini dalam kenyataan balas mereka menafikan dakwaan Utusan dan mencabar akhbar itu membuktikan kewujudan 'Father Augustus Chen' yang didakwa tidak wujud.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan