KUALA LUMPUR - Pemergian bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan
Abdul Razak ke rahmatullah jam 11.05 pagi hari ini dianggap satu
kehilangan besar dalam politik tanah air.
Menurut Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin, politik tanah air kehilangan seorang ahli politik yang berdedikasi dalam menjalankan tugasnya.
"Kita kehilangan besar," katanya ringkas ketika sesi sidang media di bangunan Parlimen hari ini.
Sementara itu, menurut Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali, beliau turut terkesan dengan pemergian Tan Sri Azizan Abdul Razak.
"Salam takziah daripada saya, kita hilang satu kekuatan dalam Pakatan Rakyat, semoga roh beliau dicucuri rahmat," katanya.
Dalam pada itu Veteran Umno juga turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Azizan.
" Beliau seorang pemimpin Pas yang sederhana yang patut menjadi contoh kepada pemimpin pembangkang.
"Seorang yang jujur dan ikhlas dalam perjuangan dan cintakan perpaduan ummah Melayu.
"Pemergiannya merupakan kehilangan seorang tokoh Islam dan Melayu kepada rakyat negara ini," kata Setiausaha Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub.
Manakala Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli turut melahirkan perasaan dukacita atas pemergian Azizan.
"Pemergian beliau merupakan satu kehilangan yang besar buat parti dan juga rakyat Kedah,
"Kita masih teringat sumbangan beliau yang cukup besar pada kerajaan pada sesi lepas dan kami di kalangan pemimpin Pas ucapkan takziah," katanya.
Sementara itu, menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, berita pemergian Azizan merupakan berita yang amat menyedihkan.
'Dalam konteks peribadi ibu saya kenal beliau sejak di England lagi, dalam hal ini, saya berharap keluarga Allahyarham terus diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan," katanya.
Manakala menurut Mahdzir Khalid yang juga merupakan bekas Menteri Besar Kedah, beliau turut merakamkan salam takziah untuk keluarga Azizan.
Menyifatkan Tan Sri Azizan sebagai seorang yang komited dalam menjalankan tugas, beliau turut merasai kehilangannya.
"Bagi saya kita sudah kehilangan seorang yang komited kepada perjuangan selama ini.
"Kedah kehilangan seorang tokoh politik walaupun berbeza dari segi parti namun saya kira beliau seorang rakan yang boleh dibawa berunding, untuk pembangunan negeri Kedah, katanya.
Azizan, 69, menghembus nafas terakhir di sisi keluarga di wad Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Bahiyah.
Jenazah beliau dikebumikan di Muassasah Darul Ulum, Alor Setar jam 5.30 petang tadi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan