Anda Mesti Gaji RM12,000 Jika Beli Teres Pada Tahun 2020!
Pada Januari 2013, Berita semasa pernah berkongsi laporan berita (KLIK SINI SUMBERNYA)
mengenai masalah rakyat Malaysia yang berpendapatan RM6,000 dan ke
bawah di bandar untuk beli rumah di Lembah Klang. Suka atau tidak, nilai
hartanah di Malaysia terus meninggalkan jauh larian lemah melibatkan
gaji & kemampuan sebenarnya rakyat Malaysia.
Nilai hartanah di Malaysia ketika ini tidak menampakkan tanda-tanda untuk menjadi murah, walaupun.. ramai yang berdoa dan berharap pasaran hartanah di Malaysia kembali “lumpuh”.
Sebaliknya
pasaran hartanah di Malaysia terus berlaku “kejam” terhadap rakyat
Malaysia dan semakin utuh membela nasib kalangan kapitalis dan pemain
hartanah di Malaysia. Dan buat pertama kali tahun ini, Persatuan Pemaju
(Rehda) tampil mendedahkan corak pasaran hartanah di Malaysia. Hasilnya?
Berdasakan semakan Berita Semasa melalui
kajian REDHA, pembelian hartanah jenis landed dilihat terus menurun
pada paras 38% Manakala pembelian unit hartanah jenis srata dilihat
terus menggalakkan & melambung tinggi ke paras 62%. Apa sebabnya?
Pastinya, ramai yang “terpaksa” beralih arah disebabkan ketidakmampuan
membeli hartanah “landed” di Malaysia yang terlalu mahal terutamanya di
bandar-bandar utama di Malaysia. Seperti mana yang disuarakan sendiri
oleh saudari Siti Hajar (KLIK SINI)
3 unit kediaman yang paling mendapat permintaan mengikut jenis pada suku pertama tahun ini adalah :
- Puchong
- Cheras
- Kota Damansara
- KLCC
- Shah Alam.
- rumah 2-3-tingkat teres (3,104 unit)
- pangsapuri (2,208 unit)
- kondominium / pangsapuri (1,863 unit)
Walaubagaimanapun, atas nama harga rumah RM400,000 dikatakan mampu milik seperti yang (DIUMUMKAN KERAJAAN DI SINI),
telah memberikan nilai tambah dan “lampu hijau” untuk pemaju terus
menaikkan nilai hartanah di Malaysia. Akhirnya, kebanyakan pembeli unit
hartanah dilihat telah beralih arah apabila kedudukan senaraian bertukar
:
- kondominium / pangsapuri ( 6,689 unit )
- rumah 2-3-tingkat teres ( 2,920 unit )
- pangsapuri (2,436 unit ).
Rakyat Malaysia “terpaksa” menukar
selera bagi memilki unit hartanah idaman mereka dengan mengambil kira
beberapa faktor di bawah ini :
- Keluasan unit hartanah yang lebih kecil, asalkan berpatutan
- Memiliki ciri-ciri kehijauan dalam kasawan perumahan
- Kepadatan penduduk yang tinggi
- Perkembangan infrstuktur di sekitar unit kediaman
Dan ini yang menyedihkan sebenarnya dan
inilah masalah yang terus menghantui kalangan rakyat Malaysia yang terus
memasang impian memiliki kediaman sendiri. Malangnya…… Harga unit
hartanah paling popular dibina Pemaju adalah :
- RM500,000 – RM1,000,000 (47%)
- RM1.5 Juta Ke atas (11% )
- RM350,000- RM500,000 ( 11%)
Dan data di atas terus mengalami
perubahan mendadak kerana tidak mengambil kira pengumuman kenaikan harga
minyak sebanyak 20 sen. Dan sememangnya nilainya akan terus naik. Di
mana kapitalis REDHA telah pun meniupkan semboyan bahawa harga rumah
akan terus naik sehingga (10% bersamaan RM15,000)
disebabkan kenaikan harga minyak baru-baru ini yang telah menyebabkan
kos bahan binaan menjadi lebih mahal, kekurangan tenaga buruh dan juga
upah.
Statistik Tambahan Pasaran Hartanah di Malaysia
- Berdasarkan responden terhadap 41% pemaju di Malaysia, separuh daripada pembeli unit hartanh mereka adalah kalangan pemilik rumah pertama
- Pembeli tempatan mengatasi pembeli asing pada paras 95 % berbanding 5%.
- Ini rakyat Malaysia kebanyakannya membeli hartanah untuk tujuan kediaman sendiri (62% ), diikuti oleh pelaburan (28% ), untuk ahli-ahli keluarga ( 7%) dan untuk hasil sewa ( 35%).
- Dan yang menariknya, 49% unit hartanah yang tidak terjual adalah melebihi RM500, 000 di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Pasaran Hartanah di Malaysia Menurun 10%-15% VS Menara Wawasan Merdeka 100 Tingkat?
Dan terbaru, CIMB Bank memberikan maran
pasaran hartanah (terutamanya hartanah komersial) di Malaysia akan
mengalami bencana seperti mana yang pernah berlaku di Dubai sebelum ini
dek kerana kegemaran kerajaan Malaysia yang mahu membina “ikon” menara
tertinggi iaitu Menara Wawasan Merdeka 100 tingkat.
Kemampuan Dubai untuk bangkit kembali
tidak akan sama dengan Malaysia, apabila sekarang ini banyak syarikat
Fortune 500 berkampung di bandar Dubai. Kadar penginapan telah pun
mencapai paras 99%. Dan dijangka pasaran hartanah komersial akan turun
sekitar 10%-15%.
Apa pendapat anda pula yang berhadapan sendiri dengan
pasaran hartanah di Malaysia terutamanya yang masih tercari-cari
kediaman sendiri?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan