Ahmad Tajdid, |
KUALA LUMPUR: Kenaikan harga petrol RON95 dan diesel
sebanyak 20 sen seliter yang berkuat kuasa tengah malam, 3 September
lalu menimbulkan tanda tanya berhubung keberkesanan dasar fiskal dan
tabiat berbelanja kerajaan.
Tidak seperti negara-negara jiran (kecuali Indonesia) yang bukan negara pengeluar minyak, kenaikan harga minyak di pasaran antarabangsa sebenarnya memberikan impak positif kepada Malaysia memandangkan industri petroleum menjadi penyumbang besar kepada ekonomi negara.
Sebagai contoh pada 2012, syarikat minyak negara, Petronas menyumbang RM80 bilion (RM80,000 juta) kepada kerajaan persekutuan dan negeri.
Jumlah ini merangkumi RM28 bilion (RM28,000 juta) pembayaran dividen, cukai (RM38.3 bilion), hasil kutipan petroleum atau 'petroleum proceeds' (RM12.5 bilion) dan duti eksport (RM1.2 bilion).
Laporan Tahunan Petronas 2012 juga menyebut, sejak penubuhannya, Petronas telah menyumbang sejumlah RM733 bilion kepada kerajaan persekutuan dan negeri. Ia juga mencatat pelepasan pendapatan (foregone revenue) berjumlah RM182.8 bilion sejak penyelarasan harga gas (regulated gas prices) dikuatkuasakan kerajaan mulai Mei 1997. Sebagai contoh, pelepasan pendapatan Petronas membabitkan Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) yang membekalkan tenaga elektrik kepada Tenaga Nasional Bhd (TNB) adalah berjumlah RM9.5 bilion pada 2012 ataupun 71.9 bilion sejak 1997.
Hasil Petronas bagi tahun kewangan 2012 meningkat kepada RM291 bilion berbanding RM288.5 bilion (2011), RM210.8 bilion (2010) dan RM264.2 bilion (2009).
Keuntungan sebelum cukai Petronas bagaimanapun menurun kepada RM119.9 bilion bagi tahun kewangan 2012 berbanding RM103.8 bilion (2011).
Bagi merasionalkan kenaikan harga RON95 dan gas, Perdana Menteri berkata, kerajaan pimpinannya menjimatkan RM1.1 bilion pada tahun ini dan RM3.3 bilion wang negara pada tahun hadapan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan