Datuk Seri Nazri Aziz (gambar) mengakui kaum Cina merupakan pencetus 13 Mei 1969 namun ia cuma dilakukan oleh individu tertentu bukan Cina sekarang.
Beliau berkata demikian ketika mengulas filem kontroversi Tanda Putera yang dikatakan mempunyai unsur yang boleh mencetuskan ketegangan kaum termasuk adegan kencing di tiang bendera oleh Penasihat DAP Lim Kiat Siang.
Nazri yang mengakui telah menonton filem tersebut berkata, tidak ada unsur yang menganggu seperti yang digembar gemburkan pihak tertentu.
"Sejarah ialah sejarah, jadi kenapa kita mahu terasa dengan sejarah
itu kisah yang dulu kenapa mahu samakan dengan sekarang," kata Nazri
yang berbeza dengan pandangan pengarah filem itu sendiri.
Shuhaimi Baba ketika membuat kenyataan mengenainya berkata, ia bukan cerita sejarah namun fiksyen sahaja.
"Saya telah menonton ia sebuah filem sejarah, kalau kata kononnya filem itu menyalahkah kaum Cina kerana mencetuskan rusuhan maka ia dibuat berdasarkan sejarah samalah seperti fakta sejarah tentang Nazi yang dulunya membunuh beribu-ribu orang Yahudi kita tidak boleh menidakkan sejarah,"kata Nazri kepada media selepas merasmikan pelancaran ulangtahun sambutan 50 tahun Muzium Negara.
Malah tegas beliau, kaum Cina pada masa kini juga tidak harus menanggung kesalahan yang dilakukan individu terdahulu.
Kata beliau yang merujuk kepada adegan kencing oleh satu kumpulan belia Cina pada tiang bendera Selangor di kediaman Menteri Besar Selangor ketika itu yang turut mengaitkan dengan Lim Kit Siang.
"Kalau itu sejarah maka itulah sejarahnya, kerana itu kita perlu bersifat terbuka dan telus, ia dibuat individu generasi lepas jadi ia sudah tidak ada kena mengena dengan zaman ini,"katanya
Penayangan filem Tanda Putera arahan pengarah Shuhaimi Baba mencetus konterversi dan mendapat kritikan hebat dari DAP menuduh filem tersebut menggambarkan kaum cina kepada pencetus rusuhan 13 Mei.
Filem ini mendapat tentangan hebat dari Lim kit Siang apabila filem itu cuba menfitnah pemimpin itu.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pernah mengeluarkan kenyataan menggesa filem tersebut diharamkan tayangannya di Pulau Pinang.
Bagaimanapun arahan itu kemudiannya ditarik balik apabila Ketua Menteri itu menegaskan itu hanyalah saranan dari beliau dan bukannya arahan yang wajib.
Bagaimanapun filem tersebut mula ditayangkan secara umum pada khamis lalu dan setakat ini menerima reaksi memberangsangkan dari penonton.

1 ulasan:
betul....sjarah tetap sejarah....dan sekarang dah termaktub sejarah bhw bagaimana UMNO/BN menghadapi kepupusan/kemampusan...maka dgn tidak rasa empunyai sifat segan silu dan tidak bertanggungjawab mereka menggunakan taktik menipu dan membohong sbg propaganda utk talian hayat akhir mereka.....
Catat Ulasan