MSTAR ONLINE
BAGAN DATOH: Kementerian Dalam Negeri (KDN)
menyerahkan kepada pihak polis untuk mendedahkan nama individu yang
mempunyai kaitan dengan kongsi gelap dan dikatakan turut bergiat dalam
bidang politik di negara ini.
Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, polis akan mendedahkan nama individu terlibat bila tiba masanya.
"Bila akan didedahkan saya serah pada pihak polis. Tiba masanya polis akan dedahkan dan tindakan undang-undang akan dilakukan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Skuad 1Malaysia Negeri Perak bersama Menteri di sini, Sabtu.
Turut hadir pada majlis itu Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Puan Sri Zuraidah Mohamed dan Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani. - BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan