Jumaat, 13 September 2013

Guru Besar ego, kerajaan lembab – M.Kulasegaran



Kulasegaran 


IPOH,: Kontroversi murid makan dalam bilik mandi yang masih hangat diperkatakan masyarakat sehingga kini adalah kerana kegagalan Kementerian Pendidikan dan Guru Besar bertindak menyelesaikan kejadian memalukan itu.

“Tiba-tiba pula kita dengar Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh  meminta semua pihak bermaafan dan melupakan apa yang berlaku.

“Adakah tindakan beliau adil dan munasabah pada hal pihaknya seolah-olah mahu lari daripada tanggungjawab sebenar meleraikan kontroversi itu segera,” kata Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, M Kulasegaran

Beliau juga menyifatkan kenyataan kerajaan menyalahkan ibu bapa kerana terus memperbesarkan perkara ini kepada pihak media adalah amat tidak wajar.
kula pix

Katanya, lebih mendukacitakan, Guru Besar sekolah itu sendiri tidak menunjukkan keikhlasan dan kejujuran untuk meminta maaf secara terbuka.

“Di saat menteri memohon semua pihak saling bermaafan dan melupakan kejadian ini, Guru Besar sekolah itu kekal dengan egonya enggan meminta maaf, malah masih menganggap tindakannya itu betul,” ujar Kulasegaran.-Roketkini.com

Tiada ulasan: