PAS
mendakwa sebahagian anggota keluarga calon BN di Kuala Besut Tengku
Zaihan Che Ku Abdul Rahman mula menunjukkan minat kepada mereka.
Yang Dipertua PAS Besut Wan Azhar Wan Ahmad mendakwa, wujudnya pertemuan dengan dua kumpulan saudara mara dan kerabat keluarga Tengku Zaihan dengan pimpinan PAS tempatan malam tadi di Kota Bharu.
Katanya, pertemuan berasingan itu melibatkan jumlah yang "agak ramai" dan responnya cukup baik.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah sebenar terlibat walaupun ditanya beberapa kali oleh pemberita.
"Pertemuan itu diatur oleh pihak keluarga. Mereka memberi respon (positif) selepas kita menjelaskan apa yang akan dilakukan jika calon PAS menjadi wakil rakyat," kata Wan Azhar dalam sidang media di Markaz Besar Pilihan Raya kawasan Besut.
"Respon cukup meyakinkan. Harap berlaku peralihan sokongan (memihak kepada calon PAS)," celah ahli jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefli Ahmad yang turut serta dalam sidang media itu.
Banyak pihak sebelum ini melihat faktor keluarga besar menjadi sandaran utama calon BN di kawasan kubu kuat BN itu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan