Ahad, 21 Julai 2013

Kes Liwat II kembali jadi perhatian esok

 


 
Selepas setahun setengah, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan kembali ke mahkamah esok ekoran rayuan kerajaan terhadap keputusan pembebasan beliau dalam Liwat II kes yang mendapat perhatian meluas.

Rayuan kerajaan akan didengar di Mahkamah Rayuan Putrajaya dan dijangka dibanjiri petugas media dari dalam dan luar negara, termasuk pemerhati.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Januari tahun lalu melepas dan membebaskan Anwar atas tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara antara jam 3.10 dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Anwar, 65, yang juga ketua pembangkang dan ahli parlimen Permatang Pauh, didakwa mengikut Seksyen 337B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Tiada ulasan: