MALAYSIA KINI
Dengan
kadar Talent Corp menarik rakyat Malaysia di luar negara supaya pulang
sekarang ini , selama 300 tahun diperlukan sebelum dapat menarik kembali
pelarian intelektual ke luar negara, kata Anggota Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Damansara Yeo Bee Yin.Beliau merujuk jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Abdul Wahid Omar di Parlimen bahawa RM65 juta yang dibelanjakan kepada Talent Corp sejak 2011 berbaloi kerana ia berkesan menarik balik pelarian intelektual.
"Kami ingin ingatkan Abdul Wahid (kiri), menurut laporan Bank Dunia... masih terdapat lebih 300,000 profesional Malaysia menetap di luar Malaysia.
"Program Talent Corp bagaimanapun hanya berjaya membawa pulang 690 profesional Malaysia pada 2011, seramai 923 pada 2012 dan 502 hingga Jun tahun ini.
"Walaupun dengan kepulangan 1,000 profesional setiap tahun, dengan kadar ini, Talent Corp memerlukan 300 tahun untuk menarik balik pelarian intelektual," katanya dalam kenyataan hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan