BESUT – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan keputusan
pilihan raya kecil (PRK) Dun Kuala Besut seawal jam 10 malam Rabu depan
bagi menghormati bulan Ramadan dan memudahkan umat Islam untuk
menunaikan ibadat.
Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya bercadang untuk membuat pengumuman rasmi keputusan PRK paling awal jam 10 malam bagi memberi laluan kepada pemimpin dan penyokong parti pergi ke masjid menunaikan solat terawih.
“Pada waktu malam pemimpin parti dan para penyokong akan pergi ke masjid untuk bersolat jadi kita bercadang untuk mengumumkan keputusan padawaktu tersebut kerana kita jangka mereka sudah pulang ketika itu.
“Paling awal kita umumkan keputusan adalah jam 10 malam walaupun keputusan dah sampai daripada 37 peti undi dan sudah dikira pada jam 9 malam,” katanya pada sidang media selepas melawat pusat mengundi awal di Pangkalan Tentera Udara Gong Kedak, di sini, hari ini.
Hari ini, seramai 1,148 anggota tentera dan pasangan termasuk 14 anggota polis layak melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi awal di Dun tersebut.
Wan Ahmad berkata, setakat jam 12 tengah hari tadi, sebanyak 53 peratus keluar mengundi dan jika undi awal tersebut melebihi 95 peratus ia dianggap sebagai satu kejayaan.
Menurutnya, SPR berbincang dengan pihak kem supaya pengundi tidak datang serentak bagi mengelakkan kesesakan.
“Kita sudah menasihatkan pengundi supaya datang secara berperingkat kerana bimbang keadaan sesak sehingga terpaksa menunggu lama.
“Kita jangka 95 peratus keluar mengundi kerana selebihnya ada yang berada di luar kawasan kerana bertugas dan kursus,” katanya.
Dalam perkembangan sama, SPR mengjangkakan lebih 75 peratus akan keluar mengundi pada hari pengundian Rabu depan.
Menurutnya, walaupun PRK kali ini diadakan pada hari waktu bekerja tetapi pihaknya tetap menjangkakan peratusan keluar mengundi tinggi.
Dalam pada itu, Wan Ahmad berkata, sebanyak empat botol dakwat kekal dibekalkan semasa pengundian awal hari ini yang mempunyai dua saluran.
Wan Ahmad berkata, setiap saluran akan dibekalkan dengan dua botol dakwat kekal.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan