Seorang
kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati dipercayai lemas di dalam
kereta ibunya selepas ditinggalkan selama lebih lima jam, di sebuah
sekolah, di sini, semalam.Mangsa, Nawal Iris Shamsudin ditemui ibunya,
Norzatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, dalam keadaan kebiruan kira-kira jam
5.30 petang sebelum dibawa ke klinik berhampiran dan disahkan meninggal
dunia.
Sebelum
kejadian itu, Norzatusy Hazwa menghantar adiknya di Lapangan Terbang
Subang sebelum terpaksa bergegas ke sekolahnya untuk menghadiri
mesyuarat.
Beliau yang tergesa-gesa dikatakan tidak menyedari anaknya tidur di bangku belakang kereta.
Apabila
kembali ke keretanya, Norzatusy Hazwa terkejut mendapati anaknya
terbaring di bangku belakang dalam keadaan kebiruan dan kaku.
Mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan