Wartawan Buletin
MARANG -
Dakwaan pemimpin Umno konon DAP akan menguasai negara sekiranya Barisan
Nasional (BN) kalah dengan provokasi perkauman boleh menimbulkan
kebencian kaum dalam masyarakat majmuk di negara ini.
Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Melayu
dan Islam sepatutnya diperkasakan dengan pengetahuan politik, bukannya
diperlekehkan melalui media.
Menurutnya, Umno gagal menunjukkan
contoh dan sifat Islam sebenar kepada bukan Islam, sebaliknya
menonjolkan amalan boleh mencalarkan imej agama suci itu.
“Contoh,
tidak adil terhadap semua, rasuah, menggunakan kuasa yang bercelaru,
pemimpin yang terlibat segala jenis skandal silih berganti dan skandal
digunakan untuk menundukkan pemimpin mengikut contoh politik kaum
Yahudi,” katanya.
Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen
Marang berkata, tindakan itu memperlihatkan Umno sanggup melakukan apa
sahaja walaupun melanggar perlembagaan.
Menurutnya, Umno tidak
perlu menyalahkan parti lain sekiranya Melayu Bumiputera masih lambat
mengejar kejayaan bangsa lain kerana Umno sendiri yang menghilangkan
jati diri Melayu Islam di Singapura dan negeri-negeri Melayu di Pantai
Barat Semenanjung dan kelemahan Bumiputera Islam di Sabah dan Sarawak
kerana merebut jawatan untuk mengaut kekayaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan