Oleh Izmil Amri
Acapkali DAP dituduh sebagai sebuah parti komunis oleh manusia yang malas membaca dan tidak tahu pun hujung pangkal ideologi DAP sebagai sebuah parti demokrasi sosial. Jadi disebabkan DAP ini ramai ahlinya berketurunan Cina, dan itu menyebabkan mereka fobia dan teringat kepada Mao Zedong, maka teruslah dilabelnya DAP ini parti cauvinis Cina, komunis pula.
Mudah betul jadi politisi etnosentrik di Malaysia ini. Kalau ramai Cina, terus hukum komunis. MCA tidak dihukum begitu pula. Sayang betul mereka dengan MCA. Tidak pula parti yang terang nyata menentang hukum Islam itu difatwakan haram segala. DAP yang ramai Melayu Islam ini juga yang mahu dikafirkan, dicap komunis dan konon mahu mengkristiankan negara yang majoriti penduduknya beragama Islam.
Gila puak-puak ini. Terhantuk kepala sewaktu main buai masa kecil-kecil barangkali.
DAP mangsa fitnah UMNO
Tapi tak apa. DAP ini parti penyabar, dan bagaimana teruk ia ditohmah sejak azali pun, ia masih lagi berdiri dan mara terus untuk membetulkan segala yang tidak betul dengan urus tadbir bobrok negara Malaysia pimpinan United Malays National Organisation.
Saya sering tertanya-tanya kenapa parti Melayu ini namanya United Malays National Organisation dan bukan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. Mereka tidak pula terasa malu apabila mengagungkan nama bahasa ibunda penjajah itu.
Jadi akhirnya dua tiga hari lalu kebetulan saya bertemu seorang teman UMNO yang memberitahu bahawa UMNO ini mahu jadi parti yang boleh dibawa ke peringkat antarabangsa. Jadi harus namanya itu menggunakan bahasa Inggeris. “Sama lah macam DAP,” katanya.
“Democratic Action Party, DAP. Kenapa tak guna nama PTD, Parti Tindakan Demokratik?” soal beliau.
“Supaya tak bunyi macam Pegawai Tadbir Diplomatik,” saya kata. Dia diam. Orang UMNO ini selalunya begitu. Dihujahkan dengan akal, diamlah dia. Lagi pula memang dia tak sedar dia samakan UMNO macam DAP. Tapi DAP memang tak mau ada kena-mengena dengan rasuah, salah guna kuasa, ketuanan kaum dan benci kaum lain.
Jadi dengan keinginan UMNO untuk menjadi parti yang boleh dikenali masyarakat antarabangsa dengan nama Inggerisnya itu buat saya tertanya-tanya pula; kalau semedang kerja UMNO ini bersekongkol dengan Parti Komunis China, kenapa ia tidak ada nama versi bahasa Mandarin?
UMNO kawan akrab Parti Komunis China
Ya, tidakkah anda tahu? UMNO ini parti politik Melayu yang berkawan rapat dengan Parti Komunis China. Ini dimulakan di zaman almarhum ayahanda kepada Perdana Menteri sekarang. Demikian mesra dan akrabnya UMNO dan Parti Komunis China ini, kelihatan kerap sekali delegasi kedua parti politik ini lawat melawat antara satu sama lain.
Pelik bila difikirkan bagaimana sebuah parti Melayu yang begitu fobia dengan orang Cina dan komunis boleh bercengkerama dengan Parti Komunis China. Kedua-dua fobianya terus digabung dalam nama parti – komunis dan Cina. Jadi kenapa pula UMNO dan sekutunya harus begitu alergik dengan DAP?
Baru semalam sang Timbalan Perdana Menteri menerima kunjungan hormat daripada seorang pemimpin Parti Komunis Cina. Zhao Leji namanya.
Beliau ini sekarang menjawat jawatan Ketua Parti Komunis bagi wilayah Shaanxi. Walaupun bahasanya berbunyi Setiausaha Jawatankuasa Parti Komunis, tetapi letak duduk jawatannya di dalam hierarki pentadbiran Shaanxi ini lebih tinggi dari gabenor yang kini disandang Zhao Zhengyong. Jadi Zhao Leji ini jawatannya macam Menteri Besar lah.
Kenapa pemimpin Parti Komunis China kerap jumpa pemimpin UMNO?
Kenapa Kenapa ‘Menteri Besar’ Parti Komunis China Shaanxi datang ke Malaysia untuk berjumpa Muhyiddin Yaasin, seorang Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden United Malays National Organisation, sebuah parti konservatif Melayu yang anti-komunis dan alah kepada orang Cina?
Ini kelakar. Ini bahkan tidak masuk akal. Apa sebenarnya masalah UMNO
ini? Berapa kali sebenarnya dia terhantuk kepala waktu kecil-kecil
dulu? Ataukah kena langgar bas?
Jadi DAP parti demokrasi sosial yang tidak mempolitikkan agama ini sekarang dituduh kafir harbi.
Tidak cukup dengan itu, hari ini timbul pula tuduhan kononnya logo Hari Merdeka Pakatan Rakyat itu mengandungi simbol-simbol Kristian, seperti burung merpati dan bentuk hati berwarna merah. DAP lah juga yang dituduh telah berjaya mentarbiyah dan menundukkan PAS sehingga tertipunya mereka itu dan menerima simbologi Kristian yang tersirat di dalam logo. Kelakar.
Eh tolonglah. Nak tutup isu lagu Janji Ditepati sambutan Medeka ala UMNO-BN yang dikatakan diciplak daripada lagu Kristian yang memuja Yesus Kristus dari Indonesia ke?
Apa yang ada dalam otak pemimpin UMNO?
Mentaliti gila dan penuh ketakutan begini hanya kedapatan dalam kepala otak mereka yang takut benar kehilangan kuasa dan pengaruh. Tetapi perlu pula menakutkan orang lain kononnya kuasa mereka pula yang akan hilang dan kepentingan mereka tidak dijaga. Kemudian guna sentimen perkauman dan agama untuk membuakkan rasa takut melampau ini sehingga semuanya tertipu untuk mengundi kerana mahukan kestabilan dan keamanan.
Apabila Pakatan Rakyat menjadi kerajaan di Putrajaya nanti, bukankah Anwar Ibrahim, seorang Melayu yang akan menjadi Perdana Menteri? Adakah Melayu pengasas Angkatan Belia Islam Malaysia yang bersahabat dengan Yusuf Qaradawi itu akan membiarkan negara ini dijadikan negara Kristian oleh sebuah parti sekular demokratik yang tidak pernah pun mengaitkan agama dengan politik?
Adakah bakal Perdana Menteri Melayu Islam daripada PKR yang majoriti ahlinya orang Melayu serta didokong oleh PAS yang jelas perjuangan Islamnya dan disokong oleh DAP yang berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan, akan menghakis kedudukan orang Melayu? Jadi apa yang gelabah sangat ni?
Kenapa tak gelabah apabila pemimpin kanan Parti Komunis China bersahabat dengan UMNO? Kenapa tak menjerit melolong macam orang kena sampuk apabila pimpinan tua dan muda Parti Komunis China makin kerap melawat Malaysia? – Roketkini.com

Tiada ulasan:
Catat Ulasan