Rabu, 15 Ogos 2012

Selesaikan segera kemelut Unisel-Jana Niaga untuk elak regim Umno zalimi mahasiswa

SAMM Mahasiswa: Selesaikan Segera Kemelut UNISEL-JNSB


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Segmentasi Mahasiswa menyokong penuh sebarang usaha agar kemelut Universiti Selangor dan Jana Niaga SB diselesaikan dengan kadar segera.

SAMM Mahasiswa beranggapan kemelut yang dihadapi UNISEL dan JNSB sekarang lebih kepada permainan politik pihak tertentu untuk mencari modal politik menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 khususnya untuk menyerang kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor.

Mengambil kesempatan daripada kemelut yang berlaku tanpa usaha penyelesaian membuktikan regim terdesak mencari isu di Selangor.



SAMM Mahasiswa tidak mahu hanya kerana pihak regim ingin mendapat kedudukan ‘political mileage’, mahasiswa UNISEL yang tidak berdosa menjadi mangsa akibat tindakan bodoh kroni-kroni pihak tertentu mempolitikkan isu pendidikan.

Seharusnya pendidikan menjadi keutamaan tanpa kompromi.

Mengambil contoh iktibar dari tindakan ‘flip-flop’ kerajaan pusat yang ingin menghapuskan pinjaman biasiswa hanya kepada UNISEL suatu ketika dahulu, perkiraan jumud kerajaan pusat yang bertindak zalim kepada mahasiswa UNISEL hanya kerana ingin mempamerkan kuasa politik.

Akhirnya tindakkan tersebut menemui kegagalan apabila sekatan PTPTN ditarik balik setelah campurtangan kerajaan Selangor yang prihatin terhadap nasib mahasiswa UNISEL.

Harapan SAMM Mahasiswa supaya semua pihak termasuk Kerajaan Negeri Selangor sekali lagi turut campurtangan dengan bagi menyelesaikan kemelut UNISEL-JNSB dan jaminan penuh harus diberi kepada mahasiswa UNISEL agar mereka tidak akan acap kali menjadi mangsa kerakusan politik regim.

SAMM Mahasiswa juga tidak teragak-agak untuk turun bersama-sama Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI) bagi mengadakan demonstrasi balas terhadap pihak JNSB yang secara jelas mempolitikan isu ini apabila demontrasi yang diadakan oleh kakitangan JNSB pada jumaat 10 ogos lalu turut disertai oleh Pengerusi Gerakan Pritain Rakyat Selangor(GPRS) yang terdiri daripada Exco pemuda UMNO Malaysia.

Pihak JNSB harus sedar mereka tidak akan beroperasi sekiranya UNISEL tidak wujud.

SAMM memberi amaran kepada semua pihak agar setiap institusi pendidikan harus ditadbir dan diuruskan dengan sewajarnya dan jangan cuba mencari keuntungan daripadanya.

Wan Farel
Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Segmentasi Mahasiswa

Tiada ulasan: