Oleh Sidiqin Omar
KUALA LUMPUR : Angkatan Muda KEADILAN (AMK), akan menggerakkan anak muda seluruh negara untuk hadir ke Himpunan ‘Janji Bersih’ di Dataran Merdeka, 30 Ogos nanti.
“Sambutan malam kemerdekaan bersekali sambutan hari raya. Kita jangka kehadiran lebih atau menyamai himpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu,” kata Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Katanya, ancaman pihak tertentu untuk menyekat himpunan itu sesekali tidak akan mengubah hasrat mereka bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil.
“Ugutan pihak tertentu mengancam bertindak agresif ke atas himpunan Janji Bersih tak menjejaskan semangat kami. Saya nasihat pada mereka, sila baca kembali proklamasi kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman.
“Kata Tunku, Malaysia yang merdeka adalah negara yang adil, demokratik dan menjamin hak setiap warganya. Penyokong himpunan Janji Bersih faham pesanan ini. Tidak ada masalah. Ini tuntutan kita untuk sistem pilihan raya yang bebas dan adil,” kata Shamsul.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan