Jumaat, 3 Ogos 2012

Najib ke Sabah ekoran MP BN berpaling tadah

Nigel Aw


 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau sendiri akan turun ke Sabah ekoran pembelotan dua anggota Parlimen BN, di mana beliau akan mengumumkan terma rujukan untuk suruhanjaya diraja (RCI) bagi menyiasat isu pendatang haram negeri itu.

Beliau juga menolak anggapan bahawa lebih ramai anggota parti komponen BN akan berpaling tadah, antaranya daripada Upko dan Parti Liberal Demokratik (LDP).

"Setakat ini ia hanya desas desus, tetapi apa yang lebih penting sekarang, kedudukan kita tidak tercancam dan kita mampu menangani cabaran ini," katanya.

Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, beliau berkata, BN akan mengambil langkah yang perlu untuk mengukuhkan Umno dan BN di negeri itu.

RCI itu diumumkan pada 1 Jun lalu tetapi belum ada sebarang perincian dikemukakan setakat ini.

Najib berkata beliau sudah bertemu beberapa pemimpin BN Sabah ekoran pembelotan sebelum ini tetapi akan sekali lagi turun pada pada Sabtu ini.

9 ulasan:

Unknown berkata...

Sebelum ni Najib datang dengan khabar baik untuk penduduk Keningau dan Tambunan.kalai ni di mana pula?

Unknown berkata...

Bila Lajim dan Bumburing keluar parti dan menyokong pakatan maka perlu untuk mencari pengganti mereka. siapa agaknya calon yang sesuai?

Tanpa Nama berkata...

Sabah jadi tumpuan betul sekarang ni

Tanpa Nama berkata...

MP yang berpaling tadah tu pun mereka yang sudah ataupun hampir expired sudah. Tidak bagi impaki besar.

mantera berkata...

terma dan rujukan RCI akan diumumkan pada lawatan Najib ke Sabah tak lama lagi, dgn ini RCI pasti akan ditubuhkan tak lama lagi.

mantera berkata...

biarlah mereka keluar, yg penting utamakan hal2 rakyat.

DorianG berkata...

Umno vice-president Datuk Seri Mohd Shafie Apdal has described Datuk Seri Lajim Ukin''s decision to resign as an Umno Supreme Council member, Beaufort Umno division chief and Beaufort Barisan Nasional (BN) chairman as part and parcel of politics. Although defection in Umno and the BN is not something new, he said Lajim and Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Bersatu (Upko) deputy president Datuk Wilfred Bumburing''s decision to leave the BN should not be taken lightly.

DorianG berkata...

Mohd Shafie, who is also rural and regional development minister, said in Umno''s history, even the party''s founder Dato Onn Jaafar quit the party. "We need to strengthen the BN and Umno in Sabah. We should never let our guard down and the people should choose wisely," Mohd Shafie told reportersafter closing the Siputeh Umno division delegates'' meeting.

DorianG berkata...

He said Lajim and Bumburing would not necessarily win their seats in the next general election as they won theirs on BN tickets. At the function, Shafie handed over Ramadan''s contributions to 99 single mothers and 96 orphans, and house keys to 180 new house owners of the Kuala Lumpur City Hall''s People Housing Project.