Perompak
mikrocip telah merompak salah sebuah syarikat multinasional di
Seberang Prai Tengah dan membawa lari papan mikrocip bernilai RM2.6
juta.
Rompakan ini mengimbas kejadian salah satu rompakan mikrocip
terbesar dan paling berani di negara ini bernilai RM47 juta pada tahun
2006.
Dalam kejadian terbaru ini, sembilan orang berusia lingkungan 30-an
dan 40-an telah ditahan di beberapa tempat di Bukit Mertajam sejak
Julai 15.
Polis
berkata, tiga daripada mereka dijangka akan didakwa minggu ini di
bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri manakala yang lain
telah dibebaskan dengan jaminan polis.
Siasatan
awal menunjukkan terdapat kemungkinan rompakan ini membabitkan ‘orang
dalam’ syarikat memandangkan beberapa suspek adalah kakitangan syarikat
multinasional ini.
Timbalan
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata mereka
menemui dua palet papan mikrocip bernilai RM160,000 daripada seorang
suspek.
Beliau
berkata kos setiap palet ialah RM80,000, sambil menambah bahawa mereka
tidak menolak kemungkinan ia diseludup keluar dari negara ini.
“Syarikat
ini bukan sahaja mengalami kerugian yang besar tetapi rompakan juga
menimbulkan ancaman kepada pelabur. Namun begitu, kami cuba yang
terbaik untuk mendapatkan semula barang rampasan,” katanya pada sidang
media di ibu pejabat polis kontigen negeri, Rabu.
Beliau berkata polis menerima dua laporan pada 27 April dan Jun 6 berhubung kes itu.
Beliau berkata polis menerima dua laporan pada 27 April dan Jun 6 berhubung kes itu.
Suatu penyiasatan segera dilancarkan sebelum polis menahan suspek.
“Papan
mikrocip bertujuan untuk dijual di sini. Mereka yang mempunyai maklumat
mengenainya, sila datang ke balai polis terdekat dan membantu kami,”
katanya.
Pada tahun
2006, lebih daripada 20 perompak menyerbu Kompleks Kargo Udara Kedua
di Batu Maung dengan dua treler dan membawa lari 585 karton dan 18
palet mikrocip.
Kes itu dianggap selesai tetapi barang-barang masih belum dapat dipastikan.
Lebih 30 suspek telah ditangkap tetapi tiada seorang pun dikenakan tindakan kerana kekurangan bukti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan