Wartawan Buletin
SETIU -
Hanya PAS yang mahu dasar pentadbiran dan corak pemerintahan Islam
diamalkan dan dilaksanakan di negara ini sedangkan parti-parti politik
lain dinegara ini termasuk Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak berminat
dengan dasar tersebut
Pengerusi Majlis Tindakan Dun (MTD) Batu Rakit, Ustaz Mohammad
Ya’akob berkata masyarakat umum di negara ini semakin pincang dengan
pelbagai gejala sosial, perzinaan bebas, rogol, bunuh dan banyak lagi.
“Masyarakat kita hari ini pincang dengan bermacam kes gejala social, seks (zina) bebas, rogol, buang bayi, bunuh dan sebagainya.
“Pemerintahan
Islam orang tidak berapa nok (hendak) dan hanya PAS sahaja sebuah parti
yang nok mentadbir dengan hukum Allah swt. Sebab itu, banyak masalah
(isu) tidak selesai,” ujarnya.
Beliau yang juga Mudir Sekolah
Rendah Islah Dar at-Taqwa berkata demikian ketika berucap pada majlis
Ceramah Umum dan Solat Tarawih di Kampung Maras, Batu Rakit, Setiu, pada
Selasa 31 Julai.
Menurut Ustaz Mohammad dengan perlaksanaan
undang-undang Islam masalah sosial yang sedang melanda negara akan dapat
diatasi dan ia InsyaAllah dapat dilaksanakan sekiranya PAS diberi
mandat untuk memerintah semula negeri Terengganu, sekaligus dapat
memerintah negara.
Beliau menempelak, sesetengah pemimpin Umno
yang berpendidikan agama hanya pandai bercakap tentang Islam tetapi
sebenarnya tidak berminat untuk melaksanakan Syariat Islam.
Menurutnya, setelah 55 tahun Umno diberi kepercayaan memerintah negara namun sehingga kini gagal mendaulatkan Islam.
Justeru beliau menyeru orag Melayu dan Islam menolak Umno dan BN dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang.
Antara
penceramah jemputan pada majlis tersebut iaitu mantan Ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun) Permaisuri, Ustaz Rozali Mohammad dan pelakon
Leftenan Adnan yang baru menyertai PAS, Hairie Othman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan