Penderitaan
keluarga pelakon veteran Allahyarham Ibrahim Pendek atau nama
sebenarnya Ibrahim Hassan mendapat pembelaan apabila kerajaan negeri
Melaka bersetuju untuk menghadiahkan mereka sebidang tanah dan rumah
baru.
Berita gembira itu disampaikan oleh Ahli Parlimen Tangga Baru,
Datuk Idris Haron melalui setiausaha khasnya iaitu Mohd Yusof Mahathir
selepas membaca kesengsaraan mereka di akhbar.
Mohd
Yusof berkata, Idris yang juga Pengerusi Syarikat Perumahan Negara
Berhad (SPNB) akan bertemu dengan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd
Ali Rustam bagi membincangkan tapak yang sesuai untuk membina rumah
keluarga tersebut.
“Kerajaan
negeri berasa kasihan dengan kesusahan keluarga pelawak itu dan
mengambil keputusan untuk membantu mereka,” katanya kepada The Star pada Isnin.
Akhbar
pada Ahad menyiarkan kesengsaraan keluarga pelawak seangkatan
Allahyarham Tan Sri P.Ramlee itu yang hidup dalam kesempitan di sebuah
rumah usang, di tanah rizab berhampiran kabel elektrik voltan tinggi di
Tanjung Kling di sini.
Isterinya
Asiah Othman, 57, tinggal bersama enam orang anak dan 10 orang cucu di
rumah berkenaan yang sempit selepas Ibrahim meninggal dunia pada
November 2003 akibat asma.
Anak
keempat Allahyarham iaitu Aidid Ibrahim, 33,berkata, adik-beradiknya
yang berusia antara 29 hingga 40 tahun hanya bekerja menjual nasi lemak
dan roti canai di Lereh dekat sini sejak sekian lama untuk menampung
hidup.
“Pendapatan kami hanya cukup untuk menyara kehidupan kami sahaja. Empat daripada adik-beradik kami sudah kahwin an mempunyai anak tetapi untuk memiliki rumah baru adalah mustahil,” jelasnya yang turut dilahirkan sebagai kerdil bersama tiga adik beradiknya yang lain.
“Pendapatan kami hanya cukup untuk menyara kehidupan kami sahaja. Empat daripada adik-beradik kami sudah kahwin an mempunyai anak tetapi untuk memiliki rumah baru adalah mustahil,” jelasnya yang turut dilahirkan sebagai kerdil bersama tiga adik beradiknya yang lain.
Sementara
itu Aishah yang pada mulanya enggan mendapatkan bantuan kerana malu
dengan nasib keluarga memberitahu, suaminya tidak meninggalkan apa-apa
harta kepada keluarga sebelum meninggal dunia.
Katanya, selama ini dia bekerja keras dengan menjual makanan untuk menyara keluarga dan meneruskan hidup.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan