Sehubungan itu, Setiausahanya Haziq Abdul Razak berkata, PTPTN tidak seharusnya menjadikan pemberian kemudahan pinjaman sebagai isu politik dan balas dendam.
"Jangan jadikan kami, pelajar sebagai mangsa keadaan dan lakukan diskriminasi terhadap kami," katanya.
Haziq yang juga Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) berkata, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin tidak seharusnya menjadikan isu PTPTN ini sebagai isu politik dan balas dendam.
"Khaled bersikap tidak matang dalam melaksanakan tugas yang digalasnya sebagai seorang pemimpin.
"Hanya kerana nak balas dendam kepada Pakatan Rakyat (PR) Khaled berkomplot dengan PTPTN untuk bekukannya pada Unisel," katanya pada sidang media hari ini.
Dalam pada itu, Presiden Aksi Mahasiswa Unisel berkata, jika PTPTN disekat bagaimana pula dengan pemberian yuran pendidikan percuma kepada pelajar yang dituntut oleh mereka.
"PTPTN disekat tapi yuran pendidikan percuma kenapa tak dilaksanakan juga.
"Silalah laksanakan kedua-dua tuntutan kami itu," Katanya.
SMM turut memberi tempoh seminggu kepada PTPTN itu untuk menyelesaikan kemelut ini.
"Jika dalam tempoh seminggu mereka tak dapat berbuat demikian mahasiswa akan bertindak.
"Kami akan lakukan protes terhadap PTPTN selepas seminggu jika tiada maklumbalas daripada mereka," kata Haziq lagi.
Sementara itu, menurut Haziq, hampir 1,000 orang pelajar baru Unisel mengalami masalah untuk melanjutkan pelajaran di kedua-dua buah institusi pengajian itu termasuk Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) kerana kekurangan wang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan