Editor Buletin
DUNGUN -
Pada Jumaat, 19 Ogos 2011, Timbalan Ketua Penerangan PAS Terengganu,
Ustaz Azman Shapawi Abd Rani bersama rombongan Dewan Pemuda PAS Kawasan
Dungun telah mengadakan lawatan ke hospital Dungun.
Sehubungan itu, Ustaz Azman menggesa kerajaan Umno dan Barisan
Nasional supaya mengotakan janji untuk membina kompleks hospital baru
memandangkan hospital sedia ada telah berumur 44 tahun.
"keadaan disini (hospital) terlalu banyak kelemahan, hospital yang ada pada hari ini telah pun berusia hampir 44 tahun,
"banyak
kekurangan yang perlu ditangani oleh pihak kementerian (kesihatan),
kerajaan perlu memberi keutamaan membina hospital baru,"ujarnya ketika
itu.
Hospital Dungun Satu Keperluan Mendesak
Menurut
Ustaz Azman, kerajaan wajar menyegerakan pembinaan hospital tersebut
memandangkan peningkatan penduduk daerah Dungun yang telah mencapai
160,000 orang.
Katanya, kerajaan juga telah mengambil semula dan
membuat pembayaran tanah di Kampung Che Lijah untuk dijadikan tapak
hospital itu.
Namun begitu, beliau kesal keraha menurutnya,
cadangan membina hospital Dungun telah dibuat sejak sekian lama,
sehingga kini, rakyat Dungun masih 'berputih mata'
"Saya
difahamkan sejak Rancangan Malaysia ke-9 (RMK9) lagi telah dijangka
(dirancang) projek hospital Dungun, tapi sampai sekarang tidak dapat
dilaksanakan,"jelasnya.
Ustaz Azman selaku Naib Yang DiPertua PAS
Dungun meragui janji Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said
untuk membina hospital tersebut.
Menurutnya, dalam lawatannya
Ahmad ke Dungun baru-baru ini, beliau telah sekali lagi berjanji untuk
membina hospital baru Dungun.
"Walaupun
Menteri Besar datang baru ini dengan satu harapan, untuk membina
hospital Dungun dengan segera, tetapi kita bagi masyarakat Dungun
merasakan satu keraguan,
"kerana dalam masa yang sama, di daerah Kemaman juga dijangka akan dibina sebuah hospital baru,"katanya.
Justeru,
beliau menggesa Ahli Parlimen Dungun daripada BN tidak hanya berdiam
diri sebaliknya memainkan peranan yang lebih berkesan, memastikan
pembinaan hospital baru Dungun.
Katanya, pembinaan hospital
Dungun lebih utama daripada pembinaan hospital Kemaman, kerana cadangan
pembinaan hospital Kemaman hanya baru dimasukkan ke dalam rancangan pada
RMK10.
Ahmad Said Kononnya Merintih
Menteri
Besar dan Kerajaan negeri ‘kononya merintih’ meminta Kerajaan Pusat
memberi keutamaan projek pembinaan Hospital Daerah Dungun yang baru
kerana hospital sedia ada terlalu sesak.
Dato’ Seri Haji Ahmad
Said semasa melawat hospital Dungun pada 10 Ogos, 2011 berkata, masalah
kesesakan di Hospital Daerah Dungun terlalu kronik dan tidak lagi sesuai
untuk para pesakit.
“Kerajaan negeri sudah menyediakan tapak
yang sesuai untuk pembinaan hospital baru berdekatan dengan Bandar
Dungun,” katanya kepada wartawan di sini hari ini.
Ahmad berkata,
hospital baru Dungun itu sepatutnya dibina melalui Rancangan Malaysia
ke-8 (RMK8) tetapi ia ditangguhkan kerana masalah ekonomi negara.
“Kita
berharap Kementerian Kesihatan menilai semula keadaan ini dan
memasukkan projek pembinaan hospital ini dalam RMK10,”katanya.
Beliau
berkata, kerajaan negeri berharap pembinaan hospital ini perlu
disegerakan bagi memastikan rakyat mendapat khidmat kebersihan yang
terbaik.
Ahmad turut berkata, keadaan Hospital Dungun yang rendah, sering dinaiki air apabila berlaku hujan lebat.
"Beberapa
tahun lalu, pesakit hospital itu pernah dipindahkan ke tempat selamat
akibat berlaku banjir kilat dan ia amat menyusahkan pesakit serta
kakitangan hospital itu sendiri.
"Jadi kita haraplah agar
Kementerian Kesihatan mempercepatkan pembinaan Hospital Dungun agar
perkhidmatan yang lebih baik dapat disediakan kepada rakyat di sini,"
katanya
Hospital Dungun Dibina Sejak 1936
PAS
mendesak supaya kerajaan Umno-BN memberikan jawapan yang meyakinkan
kerana rakyat sudah bosan dengan janji Umno berkaitan pembinaan hospital
baru Dungun.
Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sura, Ustaz Wan Hassan
Mohd Ramly berkata, pembinaan sebuah hospital baru untuk warga Dungun
adalah satu keperluan yang sangat mendesak.
"Pembinaan hospital
baru untuk warga daerah Dungun adalah satu keperluan yang sangat
mendesak. Ia satu janji kerajaan Umno/BN yang sudah lama ditunggu oleh
rakyat,"ujarnya ketika ditemui pada 20 September 2010
Menurutnya,
hospital sedia ada yang dibina sejak tahun 1936 bukan sahaja tidak
praktikal, bahkan sudah tidak relevan dengan kemukemudahan dan
infrastruktur masa kini.
Katanya, kedudukan dan penempatan
hospital tersebut bukan dibina untuk keperluan tahun 1960an sebagaimana
didakwa oleh Exco Kesihatan Negeri, Dr. Abdul Rahman Mokhtar.
"Oleh
kerana ia mula dibina atas tapak tersebut sejak 1936, kawasan Hospital
Dungun yang sempit menimbulkan ketidak selesaan kepada orang ramai untuk
mendapatkan perkhidmatan kesihatan, dan sudah tak mampu tampung
keperluan semasa,"jelasnya
Beliau berkata demikian ketika
mengulas kenyataan Exco berkenaan yang mengesahkan pembinaan hospital
Dungun ditangguh daripada Rancangan Malahysia ke 9 (RMK 9) kepada RMK 10
Wan
Hassan yang juga Yang DiPertua PAS Dungun turut mendakwa ruangan
menunggu di bahagian farmasi dan di bahagian Unit Pesakit Luar Hospital
Dungun adalah terlalu sempit dan merimaskan pesakit yang menunggu untuk
mendapatkan ubat,
Beliau mengesyakki ada sesuatu yang tidak kena
berkaitan dasar kerajaan yang telah diputuskan dalam usaha membangunkan
sebuah hospital di Dungun.
Walaupun menurutnya, Dr. Abdul Rahman,
membuat kenyataan rasmi berkenaan pembinaan hospital itu, sehingga
kini, katanya, beliau belum mendengar mana-mana pimpinan utama kerajaan
pusat yang bercakap tentangnya.
"Ada sesuatu yang tak kena, Dr.
Abdul Rahman memang bertanggungjawab di peringkat negeri, tapi tak ada
apa-apa kenyataan oleh Menteri Kesihatan atau pimpinan Umno dan BN yang
peringkat pusat,
"apakah hospital Dungun akan dibina melalui Dana
Khas iaitu duit royalti sebagaimana Hospital Sultanah Nur Zahirah, atau
ia hanya cakap-cakap kosong, janji politik semasa,"tegasnya.
Katanya,
kerajaan sudah berkali-kali menabur janii, kemudian memberikan pelbagai
alasan apabila tidak dapat dilaksanakan, bukannya jawapan sebenar.
"Sudah layak kerajaan ini ditukar, kepada kerajaan Pakatan Rakyat, pada pilihanraya umum akan datang,"tambahnya
Muhyiddin berjanji lagi
Pada
20 September, 2011, Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan
Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertandang ke Dungun pada Majlis
Ramah Mesra dan Jamuan Rakyat Aidilfitri Parlimen Dungun.
Menyentuh
beberapa permohonan pemimpin negeri bagi Parlimen Dungun, Muhyiddin
berkata, projek pembinaan hospital baru Dungun dan penubuhan Maktab
Rendah Sains Mara (MRSM) akan diberi perhatian.
''Saya ambil
perhatian apa yang disebutkan dan perkara ini telah direncanakan begitu
lama, tapaknya juga sudah ada. Saya akan bentang dalam mesyuarat Jemaah
Menteri esok (21 September 2011).
Itulah kali pertama dan terakhir pemimpin Umno-BN peringkat pusat menyebut tentang pembinaan hospital baru Dungun.
Sehingga
hari ini, 22 Jun 2012 ketika ulasan ini ditulis, janji Muhyiddin senyap
sunyi tiada apa-apa berita berkenaan pembinaan hospital tersebut.
Penggal
ke 12 pemerintahan Umno-BN sebagai kerajaan persekutuan akan tamat pada
bulan Mac 2013, sedangkan pilihanraya umum ke-13 yang sudah
diperkatakan sejak setahun lalu, belum juga berani dibuat oleh kerajaan
Umno-BN.
Mungkin selepas Eidul Fitri atau bulan November 2012,
atau setidak-tidaknya sebelum Mac 2013, parlimen dibubarkan dan
pilihanraya akan diadakan.
Tidak mustahil menjelang pilihanraya
umum itu, Perdana Menteri akan datang ke Dungun dan mengisytiharkan
sekali pembinaan hospital baru Dungun.
Namun sehingga kini, Setelah 54 Tahun Umno-BN Berkuasa, Orang Dungun Hanya Dapat Tengok PapanTanda!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan