Jumaat, 8 Jun 2012

Satu lagi IPT di S'gor berdepan risiko PTPTN dibeku?

MALAYSIA KINI
 
 
 
Ada kemungkinan pembekuan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terhadap pelajar Universiti Selangor (UNISEL) diperluaskan ke atas sebuah lagi pusat pengajian tinggi di bawah kerajaan negeri Selangor.

ptptn one stop centre kl sentral 260307 boothsDalam satu kenyataan PTPTN semalam mempertahankan keputusannya menghentikan pinjaman kepada UNISEL, badan itu juga menyebut Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Katanya, mereka berpendapat bahawa universiti yang ditadbir oleh Selangor, seperti UNISELl dan KUIS perlu bersedia dan komited untuk melaksanakan pendidikan percuma, dan menolak pinjaman PTPTN.

Menurutnya, memandangkan kerajaan negeri Selangor komited untuk melaksanakan pendidikan percuma, maka pelajarnya tidak memerlukan pinjaman itu lagi.

NONEAhli Parlimen Umno Kuala Krau Datuk Ismail Mohamed Said adalah
pengerusi PTPTN.

Dalam kenyataannya yang dilaporkan oleh akhbar Nanyang Siang Pau, PTPTN berkata pembekuan itu dilaksanakan kerana pemimpin Pakatan Rakyat dan kerajaan Selangor telah memperjuangkan idea pendidikan percuma dan menyokong gesaan supaya PTPTN dimansuhkan.

Tiada ulasan: