Editor Buletin
Bekas
Pengurus Petronas Dagangan yang juga bekas pemain bolasepak negara,
Haji Abdullah Ali dan Bekas Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Haji
Abdul Rahman Taib adalah anak jati kelahiran Terengganu yang telah lama
merantau di negeri orang.
Kedua-dua mereka kini mengubah haluan politik, menyertai Parti
Islam SeMalaysia (PAS) kerana berkongsi keputusan yang sama, parti Umno
tidak boleh dipercayai lagi.
Abdullah yang juga bekas Pengurus
Petronas (Dagangan), berkata dengan rasuah, ketidakdilan yang berlaku
dan kerajaan yang dipimpin Umno dan BN.
Oleh itu, anak kelahiran Kampung Bukit Payong itu berkata, tidak ada sebab untuknya menyertai parti itu.
“Saya
yakin dengan perjuangan PAS yang memperjuangkan Islam, dengan dasar
perjuangannya, dengan model yang ditonjolkan oleh pemimpinnya,
“membuatkan
saya yakin inilah parti yang wajar diberi sokongan,” ujarnya selepas
menyerahkan borang keahliannya kepada Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk
Nik Aziz Nik Mat pada 14 Februari lalu
Ketika menceritakan
mengapa pula beliau menyertai PAS, Abdul Rahman Taib berkata, kerana
jawatan kanannya dalam LPP, beliau kerap diundang untuk bersama pemimpin
Umno dalam siri-siri ceramah.
Beliau yang berasal dari Kampung
Manir berkata, dalam ceramah-ceramah tersebut, apa yang dikatakan oleh
pemimpin Umno tidak sama dengan apa yang dilakukan
mereka.
Rawatan Secara ‘Panadol’
Sebagai
contohnya, kata Abdul Rahman, pemimpin Umno sebenarnya bukanlah mahu
menyelesaikan masalah rakyat tetapi hanya memberi rakyat kesenangan
sementara.
“sebagai contoh, mereka ini(pemimpin Umno) mengatakan
kalau kita nak selesaikan satu-satu masalah, buat macam ‘panadol’ tak
payah selesai secara serius satu-satu isu itu,
“contoh kalau ada
banjir, kalau ada bantuan beri supaya rakyat seronok sahaja, seronok
seminggu dua minggu pun cukup, tak payah bagi mereka (rakyat) kekal
senang selama-lamanya,”jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Selamat Tinggal Umno di Chukai pada 26 Mei lalu.
Justeru,
beliau menyedari perkara tersebut dan ‘berubah’ dari menjadi ahli Umno
kepada menjadi ahli PAS dan bersedia memberikan khidmatnya supaya PAS
dapat menggantikan Umno di negeri Terengganu pada pilihanraya umum ke-13
akan datang.
“sebagai makhluk Allah semuanya tidak kekal semua
berubah, saya dan rakan-rakan semua berubah, dulu daripada Umno telah
masuk PAS,
“makhluk mesti berubah, cuma Umno sahaja dengan
slogannya dulu, kini dan selamanya, seolah-olah tidak berubah, menentang
fitrah Allah SWT,”tambahnya.
Umno Sudah Terlalu Rosak
“Umno
sudah terlalu rosak. Arwah ayah saya adalah salah seorang pengasas Umno
Cawangan Kerandang, Jabi. Puluhan tahun dia berjuang dalam Umno.
“Diakhir
usianya, dia ada pesan kepada kami anak-anak, bo bo lah
(cukuplah)dengan Umno (cukuplah dengan Umno). Punoh (rosak) dari kepala
sapa (sampai) ke ekor. Kita hidup ni nak mati. Mampukah Umno yang
memisahkan antara politik dan agama menyelamatkan kita dalam kubur?”
Itulah antara luahan seorang bekas penyokong tegar Umno, Marzuki Mohamad, yang dikenali sebagai Zuki sahaja.
Beliau berkata demikian dalam pertemuan Mahabbah bersama pimpinan Majlis Tindakan Dun (MTD) Jabi pada 4 Jun baru-baru ini.
Pertemuan
tersebut diaturkan di sebuah lokasi di Lata Belatan, dihadiri 15 bekas
penyokong tegar Umno dari beberapa cawangan antaranya, Gong Pasir,
Kerandang, Anak Ikan dan Tok Dor dalam.
Menurut Pengerusi MTD Jabi, Dr Azman Ibrahim, mereka hadir atas kesedaran sendiri tanpa apa-apa janji ganjaran dan pemberian.
Katanya,
Zuki dan rakan-rakannya hadir dalam majlis yang cukup ceria dan
kesempatan yang terbaik untuk berkenalan dengan lebih dekat serta
bertukar-tukar pendangan.
Diakhir pertemuan tersebut, Zuki dan
rakan-rakannya berjanji setia untuk bersama menyertai PAS kerana menurut
mereka, Umno sudah tiada tempat lagi di sudut hati mereka.
Pada
Jumaat 8hb Jun, seramai 54 orang ahli Umno dalam kawasan Dewan Undangan
(DUN) Jertih, Besut, telah keluar dari parti itu dan menyertai PAS
secara rasminya.
Salah seorang dari mereka, Mohd Rahimi Mat
Nazir, 34, dari Kampung Lak-Lok, Jertih berkata penyertaannya dalam PAS
setelah melihat kebenaran perjuangan parti itu.
Menurutnya, jika
mana-mana pihak yang mengkaji Islam serta mempelajari ilmu agama akan
dapat melihat kebenaran perjuangan parti PAS.
Justeru, beliau bertekad bersama rakan-rakan yang baru menyertai PAS akan berjuang demi kedaulatan Islam.
“Sebelum ini, saya berkhidmat bersama dengan Umno dan pimpinan Umno yang berjawatan tinggi dalam parti hari ini.
“Setelah usia saya semakin meningkat dan mempelajari ilum-ilmu agama. Saya dapat lihat kebenaran antara parti Umno dengan PAS.
“Sebab
itu, saya dan rakan-rakan lain ambil keputusan untuk bersama dengan
PAS, berjuang dalam PAS dan meninggalkan Umno-Barisan Nasional,
Insya’Allah,” jelasnya ketika ditemui selepas Majlis Ceramah Umum
“Selamat Tinggal Umno” di Kampung Bukit Yong, Jertih. >>> Baca dari sumber>>>
Tiada ulasan:
Catat Ulasan