Sabtu, 16 Jun 2012

'Kenyataan tidak bertanggungjawab'

Wartawan Sinar Harian

Timbalan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin
Timbalan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin
 
 
KOTA BHARU - Timbalan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin menyifatkan kenyataan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang meminta calon Pas terpilih dalam pilihan raya menangguhkan ibadah haji sebagai tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata, tindakan Tuan Ibrahim itu membuktikan Pas meletakkan kepentingan politik mengatasi agama. Awang Adek berkata, pemimpin Pas dilihat mengetepikan kepentingan agama kerana cuba menangguhkan bakal haji menunaikan rukun Islam kelima itu.

"Kalau calon itu meninggal dunia tidak sempat pergi Makkah, siapa tanggung dosa? Adakah Tuan Ibrahim; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat nak tanggung dosa ini,”  katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, agama mewajibkan orang Islam berkemampuan dari segi kesihatan dan kewangan menjalani ibadat haji, sekali gus Pas tidak berhak menangguhkan bakal haji  menunaikan  rukun Islam kelima itu.

Tiada ulasan: