Isnin, 18 Jun 2012

Kanak-kanak, penyokong yang dibayar, peserta Bersih 3.0, kata Kayveas

 
 
KUALA LUMPUR — Kanak-kanak sekolah, penyokong anti Barisan Nasional (BN) dan peserta yang dibayar adalah peserta penyokong perhimpunan Bersih 3.0, kata Datuk M. Kayveas, menambah, 99 peratus yang menyertai perhimpunan itu tidak mengetahui tujuan perhimpunan tersebut pada 28 April. 
 
Kayveas, ketua Parti Progressif Penduduk (PPP), kata mereka telah menutup mata mereka terhadap kebaikan BN, dan berniat menyalahkan kerajaan atas kegagalan mereka dalam hidup.

Beliau menjelaskan, dirinya berasal dari keluarga miskin dan hidup di kawasan setinggan selama 25 tahun, namun masih menyokong BN atas jasa yang mereka lakukan di negara ini.

“Kerana apa yang BN telah buat sejak 50 tahun lalu saya mampu menjadi diri saya sekarang. Tapi ada yang membesar dengan saya masih di sana ... mereka tidak pernah keluar dari kawasan berkenaan.

“Mereka ini menyokong pembangkang, mereka merungut dan memberi alas an untuk setiap kegagalan mereka untuk mengubah diri mereka. Mereka salahkan orang lain, atau cari orang lain untuk disalahkan,” katanya kepada The Malaysian Insider dalam satu temuramah baru-baru ini.

“Saya selalu berkata — dilahirkan miskin bukan satu dosa, untuk kekal miskin itu berdosa.”

“Penyokong buta” ini, tambah Kayveas (gambar), adalah mereka yang berada di jalanan untuk melanggar undang-undang kerana mereka tahu pemimpin mereka akan mempertahankan mereka di Parlimen.

Bekas timbalan menteri dan Ahli Parlimen Taiping ini menjelaskan penyokong ini juga sanggup “memukul polis” dan “memusnahkan kenderaan polis”, merujuk kepada keganasan yang muncul ketika perhimpunan Bersih, apabila polis melepaskan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan perusuh.

Namun, Kayveas turut menuduh pembangkang merupakan pihak bertanggungjawab mengarahkan penyokong mereka menentang BN dan melanggar undang-undang untuk menyebarkan maklumat falsu melalui media sosial.

“Mereka mencipta kumpulan yang menyokong mereka membuta tuli, tanpa menyedari kebenarannya,” tambahnya.

“Pembangkang mengajar itu. Bangun pada waktu pagi dan arah orang di Internet. Jika kamu tidak berjaya, kemudian turun ke jalanan.

“99 peratus mereka yang berhimpun dengan Bersih tidak tahu mereka di mana. Kamu berikan baju kuning, beberapa ratus ringgit dan mereka di sana.

“Ada pelajar sekolah ... apabila ditanya, mereka kata ibu bapa yang arahkan mereka pergi,” katanya.

Kayveas turut menyelar gerakan menuntut pilihan raya adil dan bersih, Bersih 2.0, kerana tindakan mereka yang dilihat tersasar daripada matlamat asal.

“Isunya pilihan raya adil dan bersih. Bukan Dataran Merdeka. Tapi kamu menegaskan untuk Dataran Merdeka jadi ia jelas menunjukkan natlamat utama telah tersasar, memutlakkan perkara yang salah, dan menidakkan perkara yang benar,” katanya.

Ribuan rakyat Malaysia turun ke jalanan pada 28 April untuk Bersih 3.0 duduk bantah.

Pembangkang menyokong perhimpunan tersebut, yang aman pada mulanya, namun bertukar ganas menjelang jam 3 petang apabila perusuh merempuh kawasan halangan yang didirikan pihak berkuasa.

Tiada ulasan: