Oleh: WFAUZDIN NS
ISU PTPTN nampaknya dijadikan modal balas dendam Umno kepada PR setelah
rakyat dapat memahami dengan jelas komitmen PR di dalam menghapuskan
pinjaman PTPTN sebagaimana yang disebut oleh Sdr Rafizi sewaktu berdebat
dengan KJ, Ketua Pemuda Umno baru-baru ini.
Hasilnya, Umno terpaksa melaksanakan kerja balas dendam mereka dengan
menjadikan UNISEL di Selangor mangsa pertama mereka. Tindakan
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membekukan pinjaman
kepada mahasiswa Universiti Industri Selangor (Unisel) sebagai "adil",
itulah yang ditegaskan oleh Muhyiddin selaku TPM yang kononnya berjiwa
rakyat. Baca DI SINI.
" Dia tangguh, bukan batal, nak periksa dulu. Fair lah. Kalau MB
kata tak payah ambik, tak payah bagi lah," kata Tan Sri Muhyiddin Yassin
ketika ditanya berhubung tindakan PTPTN secara 'senyap-senyap' itu.
Apa kah ini tindakan seorang pemimpin Melayu yang setiap kali di dalam
Perhimpunan Agung Umno menghunuskan keris telanjang tanpa sarung itu?
Penuh dengan dendam kesumat dan hasad dengki.
Apa pula kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled
Nordin? Beliau turut mengesahkan PTPTN membekukan pinjaman kepada
mahasiswa UNISEL milik kerajaan Selangor. Pembekuan itu bertujuan
memberi peluang kepada PR membuktikan mereka mampu memberikan pendidikan
percuma di negeri itu, lapor Utusan Malaysia.
Kita mahu tunggu apa pula komen Timbalan beliau, Datuk Saifuddin.
Apakah di perut dan hati Datuk Saifuddin sama seperti kedua-dua tokoh
Umno dari Johor itu?
Cuba kita bayangkan, jika PR Selangor melakukan dendam yang serupa
kepada ahli-ahli Umno/Bn di Selangor. Adakah PR Selangor mengecualikan
air percuma, TAWAS, Wang RM2, 500 kepada ahli keluarga yang meninggal
dunia dan banyak lagi kebajikan untuk rakyat Selangor terhadap semua
ahli Umno/Bn Selangor? PR Selangor tidak mengecualikan mereka walaupun
mereka tidak menyokong dasar PR. Malangnya, busuk hati pimpinan Umno
yang turut dikongsi oleh PTPTN sendiri menunjukkan sikap sebenar
Umno/Bn.
Sehubungan itu, amat wajar sekali mereka ini dihumbankan di dalam PRU akan datang./wfauzdin.blogspot.com
Sehubungan itu, amat wajar sekali mereka ini dihumbankan di dalam PRU akan datang./wfauzdin.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan