Pada satu pagi di
bulan Ramadan sepasang suami isteri baru sahaja selesai bersahur bagi
persediaan berpuasa di siang harinya. Tiba-tiba suasana menjadi kecoh
dan bising. Pintu dipecahkan dan dirempuh masuk sekumpulan lelaki asing
dengan kasar dan mereka turut membawa senjata api. Pintu rumah pecah.
Seluruh rumah digeledah dan disepahkan. Si suami digari tangannya ke
belakang. Si anak yang baru berusia sekitar dua tahun terjaga dari
tidur dan terus diajak duduk di riba ayahnya (abi).
"Jangan takut ini kawan abi," Si ayah cuba berselindung bagi menutup keadaan kekecohan yang sebenarnya berlaku yang bakal meninggalkan kesan buruk ke atas anaknya yang masih kecil itu. Anak yang masih kecil duduk berdiam diri di atas ribaan ayahnya. Kata ibunya begitulah sikap si Anak Umar Al Khatab setiap kali bila baru bangun dari tidur akan mencari ayahnya. Si isteri kebingungan meninjau ke luar dan kelihatan banyak kereta polis di luar termasuk trak pengesan bom. Suasana pagi itu tidak ubah seperti sekumpulan penguasa yang cuba menangkap seorang pengganas yang amat bahaya dan paling dikehendaki.
Setelah segalanya selesai, si suami ditutupkan kepalanya dengan kain hitam dengan tangan yang bergari di belakang dibawa pergi dan tidak dikembalikan hingga kini. Peristiwa ini berlaku pada 13 Ogos 2010.
Mustawan Ahbab seorang warga Indonesia berusia 34 tahun sudah lima tahun menetap di Malaysia dan bekerja sebagai seorang eksekutif pemasaran di sebuah syarikat penerbitan buku di Kuala Lumpur. Beliau ditangkap dengan dakwaan menjadi anggota pengganas antarabangsa - menganggotai Jamaah Anshorut Tauhid yang berpengkalan di Indonesia yang telah memberi latihan ketenteraan kepadanya. Beliau dituduh menjadi agen bagi mengumpulkan dana untuk pergerakan itu di Malaysia.
Seperti apa yang berlaku ke atas mangsa akta zalim ISA yang lainnya, Mustawan dihantar ke Kem Tahanan Kamunting setelah tamat tempoh tahanan reman selama dua bulan. Pada 11 Oktober 2010 beliau dihantar ke Kem Kamunting untuk melalui tempoh tahanan selama dua tahun di bawah akta zalim ISA yang kuasa membebaskannya hanya ada di tangan Menteri Dalam Negeri.
Pada 14 Jun 2012 adiknya dari Jakarta Indonesia telah datang ke Kuala Lumpur buat pertama kalinya sejak Mustawan ditahan hampir dua tahun lepas. Tiga orang adik-adiknya berserta seorang saudara sepupu membawa segunung harapan untuk melihat Mustawan dibebaskan segera.
Hari pertama mereka tiba di Kuala Lumpur, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) telah membantu membawa mereka bertemu dengan pegawai Konsulat di Kedutaan Indonesia. Kehadiran kami bersama isteri Mustawan Khairunizah Bt Md Akhir dan adik-adik Mustawan disambut mesra oleh pihak Kedutaan. Namun malangnya pihak Kedutaan tidak mempunyai maklumat bahawa masih ada seorang lagi warganya sedang merengkuk di Kem Kamunting. Mereka hanya tahu tentang perkara ini apabila dihubungi oleh pihak SUHAKAM. Pegawai Kedutaan Indonesia hanya melawat Mustawan di Kem Kamunting pada 1 Jun lepas bersama rombongan pihak SUHAKAM.
Maklumat ini sudah tentu membuatkan keluarga yang datang dari jauh resah dan kecewa. Selesai pertemuan pihak keluarga meletakkan harapan besar untuk GMI membantu mereka bertemu dengan pihak Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya.
Pada pagi 15 Jun satu pertemuan telah ditetapkan dengan Aswanjaya, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Ketenteraman Awam dan Keselamatan. Kami di GMI tidak meletakkan harapan yang tinggi kepada pertemuan ini berdasarkan pengalaman-pengalaman yang lepas namun demi membantu ahli keluarga yang bersusah payah datang berusaha untuk membebaskan saudara mereka kami membantu sedaya mungkin walau jawapannya yang bakal diterima sudah diketahui. Tidak mungkin Mustawan dapat dibebaskan dengan segera melainkan terpaksa menunggu hingga tamat tempoh tahanan 2 tahun pada 3 Oktober 2012 ini. Di waktu itu bila akta baru yang menggantikan ISA dikuatkuasakan Menteri Dalam Negeri sudah tidak ada kuasa untuk terus menahan Mustawan di bawah akta ISA.
"Namun jika Mustawan ada melakukan kesalahan seperti memalsukan dokumen, memalsukan cop perjalanan dan semua kesalahan lain beliau mungkin akan didakwa." Begitulah kata-kata Aswanjaya kepada ahli keluarga yang turut hadir.
"Tidak, Mustawan tidak melakukan semua itu." Jelas adik perempuan Mustawan, Qoyyumah Ahbab yang menjadi jurucakap bagi pihak keluarga.
"Tolong berikan tarikh bila kakak kami bisa dibebaskan agar mudah untuk kami memberitahu kepada ibu yang mengharap. Ibu tidak dapat hadir kerana masih terkejut," jelas adik lelaki Mustawan, Afiq Ahbab.
Begitulah yang terjadi apabila seorang ditangkap di bawah ISA ahli keluarga berharap agar mereka dibebaskan segera dan mereka mahu tahu tarikh pembebasan. Ahli keluarga juga mahu tahu apakah kesalahan yang dilakukan sehingga ditangkap tetapi tidak dibicarakan dan mereka mahu bukti kepada kesemua dakwaan tersebut.
"Kami mempunyai maklumat-maklumat yang Mustawan terlibat dengan semua tuduhan. Kami mempunyai bahagian risikan yang mempunyai maklumat tersebut." Jelas Aswanjaya (gambar kiri) kepada ahli keluarga.
Ahli keluarga terpaksa menerima kenyataan tersebut begitu sahaja. Itu yang paling sukar untuk mereka menerima kerana Mustawan dikenali sebagai seorang abang yang baik dan soleh.
"Saya rasa adalah lebih baik pihak keluarga tidak mengetahui ke semua kejahatan-kejahatan yang pernah dilakukan oleh Mustawan." Terkejut kami semua mendengar kenyataan yang keluar dari mulut pegawai ini. Mudah baginya untuk berkata begitu sedangkan tiada bukti yang pernah dikemukakan.
Sebagaimana pengakuan tahanan sendiri kepada ahli keluarga, peguam dan SUHAKAM, mereka tidak pernah disoal siasat mengenai semua pertuduhan ke atas mereka bahkan setiap kali mereka dibawa semula ke Bukit Aman dalam tempoh dua tahun mereka di Kamunting untuk disoal siasat juga tidak pernah disoal tentang pendakwaan yang dilemparkan.
Mereka dijanjikan akan dibebaskan sebaik tamat tempoh penahanan dua tahun. Sungguh undang-undang ini sewenangnya menahan seseorang dan mengenepikan kesemua hak asasi ke atas seseorang kerana tidak ada bukti yang akan dikemukakan walaupun setelah mereka dibebaskan.
"ISA bukanlah hukuman. Ianya adalah pemulihan sepertimana pemulihan yang dilakukan ke atas penagih dadah." Satu lagi kenyataan dari Aswanjaya.
"Sadis sungguh undang-undang ini." Kecewa benar adik-adik Mustawan. Memang benar memang sungguh sadis. Undang-undang ini boleh digunakan untuk menangkap sesiapa sahaja yang mereka terasa ingin menangkap dan kemudiannya buat pertuduhan yang mereka suka. Kononnya atas hasil siasatan dan risikan. Bagi mereka ianya atas nama "Menjaga Keselamatan Negara". Hanya undang-undang ini sahaja yang dapat menjaga keselamatan negara. Hak Asasi yang dilaung-laungkan oleh GMI dan pejuang hak asasi yang lainnya diambil dari Barat dan tidak dapat menjaga keselamatan negara - memetik sebahagian hujah dangkal Ketua Penolong setiausaha Bahagian Ketenteraman dan Keselamatan.
Apa lagi yang mahu dilengahkan. Kenapa tidak dibebaskan sahaja semua tahanan ini. Bukti tiada, soal siasat juga tiada. Tahanan ISA ini juga sudah tentu berkelakuan baik di dalam Kem Kamunting. Atas alasan apa lagi mahu dilengahkan pembebasan mereka hingga mereka sanggup untuk meneruskan aksi protes dengan Mogok Lapar sekirannya janji-janji untuk membebaskan segera mereka tidak diendah.
Tidak ada sebab lain selain dari sifat ego dan sombong Menteri Dalam Negeri yang terus menerus mendiamkan diri di atas semua desakan ini dan tidak memandang berat akan Mogok Lapar yang telah dilakukan oleh tahanan sebaliknya menuduhnya sebagai tindakan untuk mengalihkan dari isu sebenar.
GMI dalam kenyataan mereka menyebut bahawa, "Sifat berdiam diri ini menunjukkan egoistik Menteri Dalam negeri yang enggan mengalah dalam membebaskan kesemua tahanan. Sifat ego Menteri Dalam Negeri ini telah dilihat sejak awal pengumuman pemansuhan ISA apabila beliau pada 21 November 2011 mengeluarkan kenyataan bahawa semangat penahanan tanpa bicara akan dikekalkan dalam undang-undang baru yang menggantikan ISA. Sifat sombong ini terus kelihatan sehingga ke hari ini apabila beliau juga tidak memberi sebarang alasan kukuh mengapa tahanan ISA masih tidak dibebaskan."
Siapa lagi yang akan terus menjadi mangsa kepada kesemua akta zalim yang ada? Kita semua rakyat Malaysia. Sesiapa sahaja layak menjadi mangsa kepada akta-akta zalim yang ada.
Anak-anak yang ditinggalkan akan terus menerus menagih rindu kepada si ayah.
"Mana Abi?" Umar Al Khatab bin Mustawan empat tahun adalah salah seorang mangsanya.
Bebas segera Mustawan dan 44 orang yang lainnya. Bebas ISA 45!

*Nashita
Md Noor ialah ibu kepada empat orang anak, suri rumah, aktivis
masyarakat, tiga kali ditangkap dan dua kali merengkuk dalam penjara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan