"Dua isu yang hangat diperkatakan pada masa ini adalah berkenaan kes 17 tahun Azmin Ali dan juga pembekuan pinjamanan PTPTN kepada para pelajar UniSEL dan KUIS yang hanya bertahan selama sehari sahaja.
Dengan
penuh sinis, si bodoh pertama , Mat Khalid Nordin menempelak UniSEL
dan para pelajarnya untuk meminta bantuan daripada kerajaan PR Selangor
untuk memberi bantuan. Kononnya, bagi memberi peluang kepada kerajaan
PR Selangor untuk mengaplikasikan sistem pendidikan percuma di negeri
Selangor. Selepas itu pecah berita mengatakan bahawa pelajar KUIS juga
terlibat.
Besok
malamnya, si bodoh kedua, Muhidin Yassin pula dalam TV3 suku menyokong
si bodoh pertama dengan alasan yang sama dan tambahan untuk menguji
kerajaan PR.
Si
bodoh ketiga, Noh Omar pula mengeluarkan kenyataan menuntut dari PKR
pengakuan bersalah dan akan kembalikan pinjaman kepada UniSEL dan KIUS.
Tindakan
ketiga-tiga si bodoh itu menjadi bingai bila ramai konco-konco mereka
melihat isu ini seperti senjata makan tuan. Mana tidaknya, seharusnya
ketiga-tiga si bodoh ini memastikan pertambahan pelajar yang menerima
pinjaman PTPTN untuk membuktikan bahawa PTPTN merupakan asas penting
dalam perbelanjaan pendidikan negara seperti yang mereka laungkan
walaupun hakikat sebenarnya ianya merupakan cara mengkayakan kroni. Si
KJ berbuih mulut berdebat dengan Rafizi menegakkan PTPTN dalam kacamata
BN walaupun fact and figure yang diberikan boleh dipertikai. Bagi MCA
dan MIC pula, isu ini sebagai bom jihad BN untuk membunuh BN sendiri
kerana mereka tahu hal pendidikan amat sensitif bagi rakyat Malaysia.
Oleh
itu, pembekuan itu ditarik balik dengan alasan kononnya pihak
pentadbiran UniSEL telah merayu kepada Mat Khaled Nordin supaya
pembekuan pinjaman tersebut ditarik balik kerana diperlukan pelajar.
Unisel
juga tidak bersetuju dengan tindakan siswa mereka yang menuntut PTPTN
dimansuhkan dalam perhimpunan pelajar pada April lalu.
"Pihak
Unisel kesal dan tidak bersetuju dengan tindakan pelajarnya yg
berdemonstrasi mahu mansuhkan PTPTN di Dataran Merdeka tempoh hari.
"Unisel
telah merayu menyatakan betapa pentingnya PTPTN kepada pelajar, saya
amat bersetuju, PTPTN perlu diberikan kepada pelajar." (Kenyataan Dari
Mat Khaled Nordin).
Katanya,
rancangan kerajaan Selangor untuk menjual aset Universiti Selangor
untuk membantu siswa berkenaan hanyalah tindakan sementara dan bukan
satu penyelesaian.
"Cair
aset bukan untuk digunakan beri pendidikan percuma atau subsidi yuran,
hanya untuk beri bantuan sementara pelajar," katanya di Twitter hari
ini.
Aku
tak nak pertikai kenyataan Mat Khaled ni sebab aku memang tau dia ni
bingai. Kalau nak sangat untuk melepaskan diri, siarkan kenyataan resmi
dari UniSEL. Baru ada umph.... ini kenyataan syok sendiri. Sendiri
cakap sendiri kata orang lain cakap. Kalau tahap bingai macam ni boleh
jadi Menteri, memang semakin teruklah MALAYSIA. Ini ibarat tikus baiki
labu..... Bagi balik PTPTN pun orang dah nampak keharaman jadahan
dendam kesumat yang ada dalam diri pemimpin BN sekarang. PR dah kata
akan HAPUSKAN PTPTN jika PR MEMERINTAH PUTRAJAYA yakni maksudnya
MALAYSIA bukan SELANGOR la bingai.... Kalau hari ini PR pegang
PUTRAJAYA esok juga PTPTN boleh bekukan pinjaman keseluruh
negara.....orang tak marah punya.
Ok
isu nombor dua isu Azmin Ali pada 17 tahun yang lepas. Aku tak peduli
samaada kes ini betul atau tidak kerana waktu itu AZMIN ALI dan DS
ANWAR IBRAHIM orang UMNO. Orang UMNO ni dengan slogan DULU, KINI dan
SELAMANYA adalah sentiasa berperangai seperti DULU diwaktu KINI untuk
SELAMANYA. Kini AZMIN ALI dan DS ANWAR bukan lagi orang UMNO. Mereka
orang PKR dibawah PR. Mereka berdua tidak lagi mendokong slogan DULU,
KINI dan SELAMANYA. Slogan mereka KEADILAN untuk RAKYAT.
Baiklah,
kita ambil senario yang teruk dahulu bahawa memang AZMIN ada memiliki
harta dan saham yang sebegitu banyak semasa menjadi Setiausaha DS Anwar
Ibrahim, itu menunjukkan bahawa orang-orang kuat UMNO ni memang suka
membuat harta bila berkuasa. Apa bezanya AZMIN yang menjadi Setiausaha
DS Anwar dengan Setiausaha Nor Mohd Yaakob yang ditangkap dengan wang
tunai dirumah.
Sebenarnya,
membuka semula kes AZMIN 17 tahun yang lalu seperti juga membuka
pekung didada orang-orang UMNO dari DULU, KINI dan SELAMANYA. Kita
tidak perlu melihat jauh, kita tengok saja kepada Jamil Khir Baharom
yang baru sepenggal menjadi Menteri mampu membina sebuah mahligai
istimewa. Kalau diambil kira beliau sebagai seorang bekas major jeneral
KAGAT Angkatan Tentera, aku rasa tak mampu untuk beliau membina
mahligai seperti itu. Itu belum lagi dengan Khir Toyo yang mahligainya
mengalahkan Istana Negara lama. Bagaimana pula dengan Muhamad Taib yang
ditangkap di Australia dengan wang tunai di tangan. Banyaknya duit
mereka sebagai menteri. Ingat lagi tak kesah Arwah Dato Zek Klang.
Baiklah...
Kita lupakan dulu nama-nama diatas sebab mereka menteri... Kita lihat
Zamil Ibrahim bekas orang kuat PKR yang kini lantang menentang PKR.
Semasa menganggotai PKR, apa pun tarak kini dah jadi orang kuat KITA
(itu pun kena sack) puji BN dapat pakai Roll Royce. SPRM dan Bank Negara
tak nak pi siasat ka mana datang duit nak beli Roll Royce tu....
Secara
tidak langsung kita tahu bahawa sebenarnya setiap orang yang memiliki
hubungan dan akses kepada Menteri dan YB BN akan mendapat habuan yang
bukan sedikit. Kita boleh lihat betapa pencacai-pencacai BN walaupun SPM
tak lepas tapi kini memiliki kereta-kereta mewah seperti BMW dan
paling macai pun PROTON WAJA. Apa yang perlu dilakukan kipas YB @
Menteri, lepas tu ambil lesen kontraktor kelas F dan tunggu di pejabat
YB setiap hari perjumpaan dengan rakyat. Tunggu bencana alam seperti
ribut, lepas tu pergi jumpa YB kata perlu repair RM8000 pada hal kos
sebenar RM3000, lagi RM5000 masuk poket . Itu yang berlaku sekarang
ini.
Kesimpulannya,
kedua-dua isu yang dibangitkan dan dicipta oleh puak-puak UMNO ini BOM
MAKAN TUAN. Kalau dulu orang boleh terima apa saja yang orang UMNO
cakap sebab masih dilamunan mimpi indah tetapi sekarang segala lamunan
telah terhenti dan realiti menjelma dihati..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan