Aspan Alias
Sekarang
timbul pula cerita akaun induk Anwar Ibrahim seperti yang disebut oleh
Datuk Murad, bekas Naib Governor BNM. Murad berkata ini berlaku semasa
Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan Malaysia dahulu. Isu ini
merupakan isu yang sudah lama, dan mahkamah telah pun memberikan
keputusannya yang perkara itu tidak wujud. Tetapi di dalam negara kita
yang tidak wujud pun boleh diwujudkan dan yang wujud boleh
di”tidakwujudkan”. Inilah agaknya konsep “Malaysia Boleh!” Semua boleh
berlaku.
Tetapi
tidak mengapalah jika isu itu ditimbulkan kerana pilihanraya pun sudah
hampir. Semuanya akan timbul. Saya pun hendak juga tahu berapa banyak
wang yang ada di dalam akaun induk Anwar itu jika akaun itu benar
wujud. Anwar sendiri pun bersetuju untuk membukanya tetapi kenalah ada
syarat sikit. Syaratnya TS Muhy pun kenalah buka akaunnya juga.
Setiausaha
Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution, semasa berucap bersama saya di
Klang baru-baru ini juga telah bersetuju untuk Anwar membuka
segala-galanya dengan syarat Muhy, Najib, Hishammuddin, Khairy dan
beberapa orang pemimpin BN sendiri bersetuju untuk membuka akaun
masing-masing bersama dengan Anwar Ibrahim. “Once and for all” kita
selesaikan isu ini serta-merta.
Saya
menyebut isu ini kerana cara berpolitik hari ini sangat tidak beretika
terutamanya dari pihak Umno/BN. Murad jelas dipergunakan oleh setengah
pihak kerana politik setengah pihak. Saya tidak nampak Murad sebagai
seorang yang mempunyai kejujuran tetapi itu tidak siapa boleh
memperbaiki dirinya kerana itu sudah menjadi naluri bagi seseorang yang
terdesak.
Anwar
memberikan reaksi beliau dengan meminta semua pihak membuka akaun
masing-masing dan Muhy kata beliau mempunyai kredibiliti yang
meragukan. Anwar berkata beliau pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri
dan beliau sebaliknya tahu siapa Muhy ini. Jika sewa rumahnya pun ada
pihak yang membayarnya, bayangkan apalagi yang tidak dilakukan oleh
Muhy.
Anwar
nampaknya serius dan meminta Muhy menunjukkan akaun peribadi beliau
sendiri. Bagi saya yang masih berada di dalam pencarian ini, saya amat
bersetuju dengan cadangan Anwar itu kerana amat penting segala-galanya
diketahui umum kerana mereka-mereka ini adalah penjawat awam. Saya rasa
perkara ini wajar dilakukan dengan segera seboleh-bolehnya sebelum
pilihanraya umum nanti.
Anwar
sudah pun bersetuju untuk membuka akaunnya maka sekarang giliran Muhy
pula untuk menyatakan pendirian beliau samada bersetuju untuk melakukan
perkara yang sama. Jika Muhy tidak pernah melakukan rasuah inilah
masanya untuk beliau membuktikannya kepada orang ramai yang bakal
mengundi nanti.
Bagi orang biasa di tepian masyarakat ini saya tidak mungkin mampu untuk membuktikannya tetapi saya juga hendak muktamadkan pandangan saya tentang “conduct” Muhy yang banyak diperkatakan ramai semasa beliau menjadi MB Johor dahulu. Saya juga hendak tahu juga siapa yang membayar sewa rumah beliau seperti yang disebut oleh Anwar Ibrahim itu. Jika benar dakwaan Anwar itu, tentulah Muhy seorang yang amat miskin kerana sewa rumahnya pun ada pihak yang membayarnya. Tentulah orang yang membayar itu sangat baik orangnya.
Bagi orang biasa di tepian masyarakat ini saya tidak mungkin mampu untuk membuktikannya tetapi saya juga hendak muktamadkan pandangan saya tentang “conduct” Muhy yang banyak diperkatakan ramai semasa beliau menjadi MB Johor dahulu. Saya juga hendak tahu juga siapa yang membayar sewa rumah beliau seperti yang disebut oleh Anwar Ibrahim itu. Jika benar dakwaan Anwar itu, tentulah Muhy seorang yang amat miskin kerana sewa rumahnya pun ada pihak yang membayarnya. Tentulah orang yang membayar itu sangat baik orangnya.
Kalau
begitu elok Muhy memohon dari pihak berkuasa untuk memohon rumah murah
atau pun bantuan PPRT dari Kementerian Pembangunan Negara dan Luar
Bandar. Kita tidak boleh membiarkan TPM kita itu, dalam kesusahan dan
jangan dibiarkan orang lain membayar sewa rumahnya.
Dalam pada itu kita tunggu kesudahan kepada isu “akaun Anwar dan akaun Muhy” ini.— aspanaliasnet.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan