Hata Wahari
Saya telah dipecat dari Utusan Melayu (M) Berhad ketika bertugas di akhbar Utusan Malaysia
pada 21 April dan ketika menerima berita pemecatan itu saya melakukan
solat sunat memohon kepada hadrat Allah SWT memberi hidayah kepada
rakan-rakan saya di Utusan Malaysia agar menjadi seorang mukmin
dan muslimin yang mematuhi perintah Allah SWT supaya mereka akan dapat
menikmati kelazatan hidup sebagai seorang Islam yang patuh kepada
perintah Allah SWT dan suruhan Rasululullah.
Namun
selepas setahun dipecat dari Utusan Melayu, nampaknya rakan-rakan saya
dan juga Ketua Pengarang Utusan Melayu, Aziz Ishak yang saya anggap
sebagai mentor dalam dunia kewartawanan tidak berubah langsung,
nampaknya Allah SWT tidak memakbulkan doa saya kerana membiarkan
rakan-rakan saya terus bergelumang dengan dosa terutama terus membuat
fitnah-fitnah yang dilemparkan kepada sesama manusia, ingatlah
rakan-rakanku fitnah dunia termasuk bentuk fitnah yang sangat dahsyat
yang dikhuatirkan Rasulullah saw.
"Dari Amru bin Auf
al-Anshari ra bahwa Rasulullah saw. mengutus Abu Ubaidah bin al-Jarrah
ke al-Bahrain untuk mengambil jizyahnya. Kemudian Abu Ubaidah datang
dari bahrain dengan membawa harta dan orang-orang Anshar mendengar
kedatangan Abu Ubaidah. Mereka berkumpul untuk shalat Subuh dengan Nabi
saw. tatkala selesai dan hendak pergi mereka mendatangi Rasul saw., dan
beliau tersenyum ketika melihat mereka kemudian bersabda, 'Saya yakin
kalian mendengar bahawa Abu Ubaidah datang dari Bahrain dengan membawa
sesuatu?' Mereka menjawab, 'Betul wahai Rasulullah'. Rasul saw.
bersabda, 'Berikanlah kabar gembira dan harapan apa yang menyenangkan
kalian, demi Allah bukanlah kefakiran yang paling aku takutkan padamu
tetapi aku takut dibukanya dunia untukmu sebagaimana telah dibuka bagi
orang-orang sebelummu dan kalian akan berlomba-lomba mendapatkannya
sebagaimana mereka berlomba-lomba, dan akan menghancurkanmu sebagaimana
telah menghancurkan mereka." (HR Bukhari danMuslim).
Tindakan rakan-rakan saya di Utusan Malaysia
terus menerus menaburkan fitnah kepada sesama manusia, amat memalukan,
apakah yang akan menyedarkan mereka agar tidak berterusan mengumpulkan
dosa.
Rakan-rakanku sudah-sudahlah tu membuat dosa dengan
menyebarkan fitnah, takkanlah kerana gaji RM4,000.00 hingga RM24,000.000
sebulan kita menggadaikan nasib kita di akhirat dengan membuat pelbagai
fitnah.
Apa yang disiarkan sejak setahun lepas oleh Utusan Malaysia
semakin tidak bertamadun, seks menjadi keutamaan, fitnah menjadi
keutamaan, melindungi kerakusan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN)
menjadi ulam utama dalam setiap berita yang disiarkan.
Bilakah
rakan-rakan di Utusan Melayu akan bertaubat, ingatlah rahmat dari Allah
SWT itu semakin jauh apabila kita semakin jauh mengingati Allah SWT dan
melanggar segala larangannya.
Sudah-sudahlah tu membuat fitnah,
berubahlah untuk nasib kita di akhirat nanti, tetapi saya sedar bahawa
fitnah memfitnah itu perkara biasa di dalam Utusan Melayu, sesama rakan
pun difitnah apatah lagi orang di luar, fitnah itu menjadi makanan dan
minuman harian. Cuma harapan saya ingatlah siksa kubur dan siksa
neraka, azabnya amat pedih sekali.
Yang benar,
Hata Wahari (Bekas Wartawan Utusan Malaysia dan Bekas Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia, NUJ Malaysia).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan