MSO
Sejak semalam hingga ke malam tadi ramai yang gelisah kerana
menanti berita perdana menteri menghadap Perdana Menteri. Teta-teki itu
menyebabkan ada yang tidak lena tidur, dan bakal calon pula
menghitung-hitung apakah wang untuk digunakan bertanding dalam pilihan
raya cukup atau tidak. Lengah butir-buir atau otak kakulator mengira
wang para ahli poltik.
Sejak semalam lagi ramai yang menanti berita yang kesekian lama diunggu
itu. Ia menjadi memuncak apabila Najib yang teruja dengan orang ramai
yang datang ke majlis hari ulang tahun Umno 66 di Bukit Jalil bergurau
dan menyebut "rasa-rasanya eosk nak menghadap Agong" apabila melihat
lebh 65,000 hadir.
Orang ramai yang sudah terlalu kagen dengan pilihan raya mengambil kira gurauan Najib itu sebagai serius.
Walaupun kedatangan itu kurang separuh dari sepatutnya, tetapi Najib
sudah merasa gemuruh kerana dia tidak pernah melihat orang seramai itu
dalam himpunan yang mana dia menjadi hos. Angka-angka yang dilaporan
sebelum ini adalah angka untuk menyedapkan hati.
Mungkin kerana seronok dan merasakan Najib dan BN sudah kembali mendapat
sokongan rakyat maka beliau memberi gambaran untuk membubar dewan
kerana mengambil kira sokongan itu. Kerana itulah orang ramai menanti
dari petang membawa ke pagi sehinggalah ke hari ini. Ternyata Najib
tidak pun menghadap Agong sebaliknya dia sudah terbang ke London malam
tadi.
Katanya Najib membawa beberapa orang kuat dalam rombongan itu. Yang
pasti ada sama ialah Pengerusi Felda yang menjadi persoalan, Mohd Isa
Samad. Pemergian Isa bersama Najib mungkin ada kena mengena dengan
cadangan penyenaraian Felda Global Venture Holdings Berhad dalam masa
terdekat ini. Isa kena pastikan penyenaraian FGVHB berjalan lancar dan
apabila disenaraikan sahamnya naik melebihi 500% kalau tidak naas.
Mulai lewat malam tadi habislah angan-anagn orang ramai untuk mendengar
berita Najib menghadap Agong. Ini bermakna tanpa adanya PM menghadap
Agong bermakna parlimen tidak akan dibubarkan lagi.
Saya sendiri sudah mengira walaupun Najib memberi gambaran dewan akan
dibubarkan dalam sebulan dua ini, tetapi bukan untuk bulan Mei ini. Mei
adalah bulan-bulan akhir sebelum Najib bubarkan parlimen. Jadi dia harus
kena pasti sebelum bubar UBN dalam keadaan selamat.
Formula biasa digunakan Mahathir semasa beliau menjadi dewa menentu
tarikh pilihan raya, dia tidak akan buat selagi UBN tidak mendapat 2/3
kerusi, iaini kira-kira 148 kerusi. Setelah memastikan UBN telah selamat
dengan kerusi sejumlah itu barulah Mahathir menghadap Agong memohon
perkenaan dan menasihatkan Agong membubar parlimen.
Apabila Najib tidak mengadahap Agong ini bermakna Najib belum yakin
kedudukan UBN sudah selamat. Najib kena pastikan UBN sudah mendapat 148
kerusi barulah parlimen sesuai dibubarkan. Dari berbagai sumber menyebut
kedudukan kerusi selamat bagi UBN ketika ini ialah 90 kerusi di mana
kurang separuh dari itu untuk meletakkan UBN dalam keadaan selesai
memiliki 150 kerusi.
Sementara pihak pembangkan pula kini dikatakan mempunyai 55 kerusi
selamat, di mana lebih separuh dari kerusi yang dimiliki UBN. Tetapi
petunjuk itu tidak boleh dikira oleh UBN kerana yang penting UBN dapat
mengesahkan 148 kerusi selamat telah ada.
Juster saya mengira Najib perlu berusaha keras lagi untuk mencapai
kedudukan. Beliau juga tidak perlu kejar masa kerana masih ada setahun.
Tetapi kalau Najib dan pakar-pakar strategis dan pilihan raya UBN
mengira lagi lama Najib menunggu keadaanya lagi parah, ada kemungkinan
dalam situasi tidak kondusif begini juga Najib akan meminta Agong bubar
dewan.
Kata orang daripada kalah lebih besar baik menang walaupun tidak mendapat majoriti dua pertiga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan