Khamis, 17 Mei 2012

Laman banjir minyak sawit

Oleh Nazdy Harun
LIHAT...seorang penduduk, Mariam Haris, 63, melihat  lori tangki yang terbalik.
LIHAT...seorang penduduk, Mariam Haris, 63, melihat lori tangki yang terbalik. 
BANJIR...jiran, Riduan Amiruddin, 33,  melihat minyak sawit mentah tumpah di halaman rumah mangsa.
BANJIR...jiran, Riduan Amiruddin, 33, melihat minyak sawit mentah tumpah di halaman rumah mangsa. 
KUALA BERANG: “Apabila mendengar bunyi brek kuat dari luar rumah, saya terus meluru dan mengambil cucu yang berada dalam buaian sebelum melarikan diri melalui pintu belakang,” kata Minah Che Idris, 60, ketika menceritakan detik cemas sebuah lori tangki membawa minyak sawit mentah terbabas sebelum terbalik menyebabkan muatan itu melimpah di halaman rumahnya dan empat penduduk lain di Kampung Tengkawang, di sini, semalam.

Menurutnya, dalam kejadian jam 9.30 pagi, hanya dia bersama cucunya, Nurquni Azmadi, sembilan bulan, berada di rumah. Walaupun tidak nampak lori itu terbabas di hadapan rumahnya, namun hatinya terdetik sebaik terdengar bunyi brek kuat mendorongnya untuk menyelamatkan diri.

“Sebaik mendengar bunyi brek yang kuat, saya terus meluru mengambil cucu yang ketika itu tidur di ruang tamu rumah sebelum melarikan diri.

“Beberapa saat kemudian terdengar pula dentuman kuat dari arah ruang tamu rumah dan sebaik keluar, saya melihat persekitaran rumah dibanjiri minyak sawit,” katanya.

Menurutnya, dia bersyukur lori itu tersangkut pada pokok mempelam sebelah rumahnya. Jika tidak kemungkinan merempuh kediamannya.

Jirannya, Farijah Abdullah, 37, berkata, akibat kejadian itu dia mengalami kerugian RM8,000 apabila kedai menjual telefon bimbit miliknya ranap akibat dirempuh lori berkenaan.


Sementara itu, pemandu lori, Jesni Hussin, 43, berkata, dia dalam perjalanan membawa minyak sawit yang belum diproses dari kilang di Ciku, Gua Musang, Kelantan ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.

Tiada ulasan: