Viktor Wong, Malaysia Chronicle
Pemerhatian yang teliti telah kami buat beberapa hari yang lalu
berhubung dengan insiden seorang pemimpin PKR yang teruk dibelasah oleh
sekumpulan ahli-ahli pemuda MIC sewaktu berada di hadapan Jabatan
Perdana Menteri (JPM).
Pemimpin PKR tersebut adalah sebahagian daripada rombongan ahli-ahli PKR bersama dengan keluarga seorang pelajar berbangsa India yang sehingga kini tidak diberikan kad pengenalan (MyKad), dalam perjalanan mereka untuk ke JPM untuk menuntut berjumpa dengan perdana menteri mengenai masalah pelajar tersebut yang sebelum ini tidak dapat mendaftarkan diri untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Adakah usaha yang dilakukan oleh rombongan PKR itu salah dan melanggari undang-undang sehinggalah sekumpulan ahli-ahli pemuda MIC bertekad untuk menghalang rombongan PKR itu daripada sampai ke JPM?
Kenapa baru sekarang MIC hendak berebut dengan PKR untuk berbuat baik? Apakah MIC telah buat untuk masyarakat India selama ini? Kenapa baru sekarang MIC sedar bertapa ramainya di kalangan masyarakat India yang kerakyatan mereka tercicir dengan begitu lama?
Ke mana pergi MIC sebelum ini?
Kami juga telah mendapati bukan sahaja pelajar tersebut yang menghadapi masalah tidak mendapat MyKad. Sebelum ini terdapat juga puluhan kes di kalangan masyarakat India yang sehingga kini masih belum diberikan kerakyatan walaupun telah disahkan yang kebanyakan mereka ini dilahirkan di Malaysia.
Apakah punca sebenarnya? Bermacam-macam bentuk masalah yang telah diketengahkan sebelum ini, yakni masalah surat beranak hilang, tidak mendaftarkan kelahiran, ibu atau bapa bukan warganegara, masalah buta huruf, pelbagai karenah dan birokrasi di dalam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), permohonan yang tidak lengkap, tiada khidmat nasihat yang sempurna dan berbagai-bagai masalah yang tidak terhingga.
Masalahnya adalah, ke mana perginya para pemimpin MIC sebelum ini? Kenapa isu-isu ini tidak ditangani oleh MIC sejak dari awal lagi sehinggalah mangsa-mangsa tersebut terpaksa beralih ke parti-parti lain, seperti PKR untuk meminta bantuan?
Siapakah yang gagal menangani masalah tersebut? MIC atau PKR?
Kejadian tersebut jelas menunjukkan bahawa para pemimpin pemuda MIC berasa amat cemburu dan dengki terhadap usaha-usaha murni beberapa pemimpin PKR yang berjaya mendapatkan perhatian umum mengenai masalah kerakyatan di kalangan masyarakat India baru-baru ini.
Selain itu, kejadian tersebut juga telah membuktikan yang MIC langsung tidak berniat ikhlas untuk membantu masyarakat India yang didakwa “diwakilinya” selama ini.
Apa gunanya dapat MyKad di hari tua?
Kita telah lihat di kalangan parti-parti komponen BN yang lain juga, dah terlewat baru nak sedar akan kesilapan mereka yang lalu.
Bukan sahaja MIC, bahkan MCA turut bersikap sedemikian. Di kalangan masyarakat India dan Cina selama ini, terdapat ramai di antara mereka yang gagal mendapatkan kerakyatan mereka sehingga ke hari tua mereka, malah ada di antara usia mereka yang telah melanjut hingga he tahun 90an.
Barulah MIC dan MCA ini nak berlumba-lumba dengan PKR atau DAP untuk mendapatkan kerakyatan untuk mereka yang tidak mendapatkan hak mereka selama ini. Dan apabila MyKad untuk golongan ini telah siap, MIC dan MCA dengan segera memanggil sidang akhbar untuk mengumumkan kebaikan dan usaha mereka. Apa gunanya apabila umur seseorang itu telah menjangkau lebih daripada 50 tahun barulah berjaya memperolehi kerakyatan mereka?
Apa gunanya mereka-mereka yang kini telah bergelar datuk-datuk dan nenek-nenek baru sekarang mendapatkan kerakyatan mereka setelah mencubanya berdekad-dekad yang lalu tanpa dipedulikan sangat oleh para pemimpin MIC dan MCA.
Usia muda mangsa-mangsa ini terbazir dengan begitu sahaja,, bukan itu sahaja, bahkan peluang pendidikan mereka juga terlepas dengan begitu sahaja yang menyebabkan mereka buta huruf sehinggalah ke usia tua mereka.
Dah terlewat. Baru sekarang MIC dan MCA nak berbuat baik. Golongan yang kini telah bergelar datuk-datuk dan nenek-nenek ini tidak akan terhutang budi terhadap MIC dan MCA lagi kerana mereka sedar bahawa usia muda dan peluang mereka sebelum ini telahpun hancur dan tidak punyai harapan lagi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan