ABU DHABI — Kerajaan kini menumpukan kepada bagaimana
sistem pendidikan dapat mengeluarkan tenaga kerja mahir dan berkelayakan
di masa depan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata ini adalah kerana program transformasi ekonomi yang sedang dilaksanakan kerajaan, diunjur mewujudkan kira-kira 3.3 juta peluang kerja baru yang kebanyakannya perlu diisi dengan tenaga kerja mahir tempatan.

“Ini amat penting. Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua juga penting, sains dan teknologi juga sama penting.
“Jadi (sektor) pendidikan perlu bergerak seiring dengan keperluan negara,” katanya kepada kira-kira 250 rakyat Malaysia pada Majlis Mesra Bersama Rakyat Malaysia Abu Dhabi, di sini semalam.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata oleh yang demikian, kerajaan pada minggu lepas memutuskan untuk melakukan semakan terhadap sistem pendidikan.
Beliau berkata Dialog Pendidikan Negara mempelawa semua pihak berkepentingan untuk mengemukakan pandangan, idea, cadangan dan pendapat untuk penambahbaikan sistem pendidikan.
Dalam langkah penting itu, Muhyiddin berkata dialog berkenaan akan selesai dalam tiga bulan dan akan merumuskan draf rangka kerja untuk perancangan dan hala tuju pendidikan untuk tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang.
Dasar pendidikan sekarang adalah berdasarkan Laporan Razak 1956.
“Negara perlu mempunyai sistem pendidikan yang bukan sahaja menjaga kepentingan masyarakat umum pada masa kini tetapi juga apa yang diunjurkan dalam 10 hingga 15 tahun akan datang,” katanya.
Beliau berkata tenaga kerja mahir Malaysia yang bekerja di luar negara juga digalakkan untuk pulang ke tanah air dan membantu negara untuk maju dan makmur.
Muhyiddin kini dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Emiriah Arab Bersatu (UAE). Beliau diiringi isterinya Puan Sri Norainee Abdul Rahman dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.
Terdahulu, Muhyiddin menghadap Putera Mahkota Abu Dhabi Jeneral Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan.
“Sheikh Mohamed amat gembira dengan rakyat Malaysia yang bekerja di UAE dan pujian harus diberikan kepada anda semua. Ia adalah kerana khidmat bagus yang diberikan untuk membantu pertumbuhan bandar raya ini dan mereka memerlukan perkhidmatan dan kepakaran ini,” kata Muhyiddin.
Timbalan Perdana Menteri kemudian mengadakan pertemuan dan menghadiri majlis makan malam dengan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri UAE Sheikh Saif Zayed Al Nahyan. — Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan