SHAH ALAM : Selangor melangkah setapak lebih maju dengan dasar terbaru untuk mengsasarkan projek-projek pembangunan terancang disamping menggunakan kaedah teknologi tenaga solar di masa depan.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pendekatan tesebut bukan sahaja bersifat mesra alam malah mampu menjimatkan pendapatan penduduk.
"Kerajaan ingin memastikan bahawa semua projek perumahan dan pembangunan di masa akan datang akan mewujudkan keadaan yang selesa dan sesuai untuk rakyat Selangor," janji Khalid pada majlis Kempen Menanam Pokok di Kelab Cahaya SPK Resort di sini.
Menyentuh teknologi solar yang akan diaplikasikan dalam program pembangunan terancang negeri, Khalid berkata bahawa ia masih dalam perancangan dan juga kajian terperinci.
"Walaupun projek ini masih belum berjalan namun kerajaan negeri bersedia menyediakan tempat-tempat kepada pemaju untuk digunakan sebagai trial-period.
"Buat masa sekarang, terdapat dua tempat yang digunakan sebagai experimen projek ini iaitu di Air Hitam, Puchong dan Sungai Kertas, Selayang," Ujar Khalid.
Menurut Khalid kawasan berkeluasan 20 ekar akan digunakan pemaju untuk bangunkan 'solar panel' untuk dijalankan kajian janakuasa dan panel yang fleksibel untuk mendapatkan cahaya matahari. Setakat ini sebanyak tujuh syarikat yang sudah berminat untuk terlibat dalam projek solar tersebut.
Khalid juga menyeru agar usaha ini mendapat kerjasama daripada rakyat bagi melestarikan impian menjadikan Selangor negeri yang indah dan selamat untuk didiami.
Selain itu, kerajaan juga menggalakkan pembangunan projek berskala besar bagi memastikan perancangan yang lebih teratur dapat dilaksanakan seterusnya dapat mengelakkan masalah-masalah seperti perparitan tersumbat seterusnya menyebabkan banjir.
"Kawasan pembangunan yang kecil membantutkan usaha terancang untuk mewujudkan satu kawasan perumahan yang benar-benar cantik, hijau, indah dan selamat.
"Tetapi dengan kawasan tempat baru yang luas untuk dibangunkan sekurang-kurangnya 200 ekar membolehkan perancangan yang teliti dan menyeluruh dapat diadakan dengan pembinaan masjid, rumah ibadat, sekolah dan lain-lain fasiliti untuk rakyat bagi jangka masa panjang," jelas EXCO kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Ronnie Liu ketika ditemubual TVSelangor.
Cahaya SPK mensasarkan penanaman sebanyak 35,000 pokok menjelang 2017. Bermula pada tahun 2008, Cahaya SPK telah berjaya menanam lebih kurang 20,000 pokok sekitar kawasan perumahan tersebut yang berkeluasan 500 ekar. Usaha menghijaukan alam sekitar ini seiring dengan seruan kerajaan dan Majlis Bandaraya Shah Alam untuk menjadikan Shah Alam sebagai Bandaraya Dalam Taman.
Turut serta dalam majlis tersebut, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan,Ronnie Liu, EXCO Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Yaakob Sapari dan ketua pegawai operasi SPKB Saiful Aznir Shahbudin dan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan