KUALA LUMPUR: Ugutan Perkasa kononnya mahu melakukan sesuatu jika kerajaan gagal mengambil tindakan berhubung tiga perkara – Himpunan Bersih 2.0, video seks fitnah dan Konspirasi Kristian, hanya bertujuan meraih publisiti murahan.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin, berkata ‘kesungguhan’ Presiden Perkasa, Ibrahim Ali dalam mengugut kerajaan hanya sandiwara ciptaanya bagi mendapat tempat dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
“Itu semua kenyataan sandiwara Perkasa untuk menarik perhatian Umno BN. Kita sedar PRU semakin hampir, beliau terpaksa mencari publisiti murahan untuk dicalonkan,” katanya kepada KeadilanDaily.
Dalam pada itu, Shamsul turut mengecam asas dan matlamat perjuangan sebenar Perkasa lantaran setiap perkara yang cuba dilaungkan mereka, saling bertentangan.
“Mereka (Perkasa) tidak ada isu, di mana asas perjuangannya? Mereka tidak konsisten dalam isu berkaitan dengan Islam. Kenapa tidak desak Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) menyiasat qazaf yang kita failkan dulu,” kata beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan