Oleh Nabihah Hamid
KUALA LUMPUR: Peguam yang mewakili Abdul Jalil Ashaari dan Kamalia Chek, ibu bapa kepada blogger, Nur Hanief Abdul Jalil dihalang dari mendengar sesi soal siasat yang dijalankan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
“Mereka masih disoal siasat dan kami (peguam) dihalang untuk masuk bersama.
“Saya tak nampak sebab relevan untuk ibu bapa Hanief dipanggil kerana sebelum ini siasatan sudah dibuat. Ini hanyalah intimidasi polis untuk menakut-nakutkan rakyat,” katanya kepada KeadilanDaily, hari ini
Soal siasat itu dibuat sejak Mac lalu berikutan krevitiviti Hanief dalam mengupas isu politik tanah air melalui youtube dengan mengkritik Umno Barisan Nasional (BN), tidak disenangi kerajaan.
Sebelum ini, Hanief ditahan polis di Balai Polis Sentul manakala komputer riba bersama modem dan beberapa komputer milik bapanya, dirampas SKMM.
Ini bukan pertama kali tekanan dikenakan terhadap blogger pro-Pakatan Rakyat.
Pada 2 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan injunksi kepada Datuk Seri Dr Rais Yatim bagi menghalang blogger, Amizudin Ahmat dari menerbit pendedahan berkaitan dakwaan menteri itu merogol seorang amah Indonesia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan