KUALA LUMPUR: Peguam bela utama Anwar dalam kes Fitnah II, Karpal Singh berkata hakim perlu memberikan surat tunjuk sebab kepada pengadu, Saiful Bukhari Azlan di atas wawancaranya di TV3 yang disiarkan pada hari Selasa dan Rabu lalu.
“Pada pandangan saya hakim perlu berbuat sesuatu..mereka mempunyai tanggungjawab untuk memberikan surat tunjuk sebab dengan segera. Saya rasa inilah yang perlu dilakukan hakim,” kata Karpal merujuk kepada Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.
TV3 melalui slot Buletin Utama menyiarkan wawancara eksklusif dengan pengadu kes Fitnah II, Saiful Bukhari Azlan.
Penyiaran rakaman itu dibuat pada masa yang hampir sama dengan Ketua Umum KEADILAN itu dijadualkan memberikan keterangan membela dirinya di mahkamah pada Isnin depan.
Anwar sepatutnya mula membela diri pada 15 Ogos lalu namun mahkamah tidak dapat bersidang kerana pendakwa raya dan polis enggan bekerjasama untuk memberikan semua saksi yang dijanjikan kepada peguam bela Anwar.
Seorang lagi peguam Anwar, Sankara Nair pula berkata peguam bela akan membuat keputusan tentang senarai saksi yang akan dipanggil ke mahkamah untuk memberi keterangan pada hari ini , seperti dilapor Malaysiakini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan