Selasa, 16 Ogos 2011

BERHALA LAUT, ASET PELANCONGAN BARU

TERIMA….Salah seorang penduduk menerima sumbangan Hari raya yang disampaikan V.K.Liew.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : OLEH SAFFIE S JUMADI


SERAMAI 101 warga emas Kampung Pulau Berhala Laut, kira-kira 15 minit perjalanan menaiki bot laju dari Bandar Sandakan menerima sumbangan Hari Raya berupa barang-barang keperluan dan wang tunai daripada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Kiong,kelmarin.

Turut menerima sumbangan yang serupa ialah Askar Melayu Diraja Batalion Ke-12 yang berpangkalan di Pulau Berhala Laut dan sumbangan tersebut diterima oleh Pegawai Pemerintah, Leftenan Kolonel Abd Razak Hj Abd Rahim.

Terdahulu dalam ucapan alu-aluannya, V.K Liew antara lain berkata, sudah menjadi tanggungjawab Kerajaan Barisan Nasional (BN) membantu golongan miskin mahupun warga emas untuk menerima sumbangan raya pada saban tahun.

Katanya, tujuan memberikan sumbangan seumpama itu adalah untuk membantu golongan yang kurang berupaya untuk meringankan sedikit beban mereka bagi menyambut hari lebaran yang bakal menjelang tiba.

Dasar kerajaan BN kata V.K.Liew, ialah menitikberatkan sosio ekonomi agar rakyatnya tidak terpinggir untuk mendapat pelbagai bantuan yang disalurkan oleh kerajaan.

Dalam pada itu V.K.Liew kagum dengan semangat kental penduduk Kampung Pulau Berhala yang majoritinya dari suku kaum Bajau, begitu rajin berusaha dan berdikari untuk menaikkan taraf kehidupan seharian mereka melalui hasil penangkapan ikan.

Pulau Berhala Laut kata V.K.Liew adalah pulau yang terindah dan berpotensi untuk dimajukan sebagai pusat peranginan dan bakal menjadi tarikan kepada para pelancong dalam dan luar kerana faktor keselamatan yang terjamin kerana dikawal rapi oleh Pasukan Keselamatan.

Penempatkan tentera di pulau tersebut begitu signifikan kerana pulau tersebut merupakan sebagai pintu masuk, ulang alik rakyat Filipina yang datang ke negara ini, khususnya Sandakan.

V.K.Liew selanjutnya mengucapkan syabas dan terima kasih kepada seluruh anggota tentera, khususnya Askar Melayu Diraja Batalion Ke 12 kerana begitu komited dalam menjaga keamanan yang cukup rapi; sehingga Kampung Berhala ini benar-benar aman.

18 ulasan:

mantra berkata...

bantuan ini menunjukkan bahawa kerajaan amat prihatin akan keadaan rakyat.

Antanum berkata...

Jangan sia2kan usaha kerajaan. Setiap didunia ini pasti ada baik dan buruknya. Bila kita melakukan kesalahan jangan pula kita lupa, kita juga pernah berbuat baik.

Antanum berkata...

Hargailah segala sumbangan yang diberikan selagi sumbangan itu masih ada untuk kita terima.

Mohd Ishak berkata...

Teruskan usaha Datuk V.K Liew.

Mohd Ishak berkata...

Harap tempat ini boleh dibagunkan menjadi tarikan pelancongan.

Tanpa Nama berkata...

askar2 yang berkhidmat di pulau tersebut berusaha untuk menjaga keselamatan negara dari kemasukan PATI dari Filipina. moga mereka dapat berkhimat dengan sebaiknya.

Tanpa Nama berkata...

keprihatinan VK Liew pasti dapat dirasai oleh para penduduk sandakan. harap pandangan2 negatif terhadap beliau segera disingkirkan.

madd berkata...

sumbangan yang diberikan pasti dihargai oleh penduduk di sana. dengan keindahan yang ada tidak mustahil jika kawasan itu akan menjadi tarikan pelancong pada masa akan datang.

Hosie Masie berkata...

Teruskan usaha untuk mendekati rakyat. V.K Liew begitu mengambil berat akan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin.

Unknown berkata...

Teruskan memberikan bantuan kepada penduduk yang memerlukannya.

Tanpa Nama berkata...

saya rasa Datuk VK Liew tidak ada masalah mengekalkan sokongan di Sandakan.. good luck Datu.. banyakkan lagi usaha murni seperti ini..

Tanpa Nama berkata...

V.K Liew mmg seorang pemimpin yang prihatin dgn rakyat.

POP berkata...

Kita dapatlah mengetahuai prihatin kerajaan. Harap rakyat dapat merasakannya.

POP berkata...

Kita kenalah menyokong pariti-parti kerajaan. Usaha mereka sangat berharga.

Paquin berkata...

Bagus jugalah kalau dapat bantuan, itu tandanya kerajaan prihatin:)

Paquin berkata...

Kecil atau besar sumbangan yang diterima, bersyukurlah dan gunakan sebaik mungkin sumbangan yang diperolehi.

Paquin berkata...

Soal aset pelancongan tu, bah usahakanlah. Saya yakin pasti boleh tu:)

Paquin berkata...

Apapun, all the best dan kita tunggu dan lihat sajalah nanti.