SEREMBAN - Seorang suri rumah yang juga anak saudara Menteri Besar, kerugian hampir RM4,000 apabila rumahnya di Taman Kobena, Senawang dipecah masuk semasa wanita berusia 54 tahun itu menemani suaminya yang menjalani rawatan sakit buah pinggang di Hospital Kuala Lumpur.
Dalam kejadian yang berlaku di antara 13 hingga 16 Ogos itu, bukan sahaja wang persiapan hari rayanya disamun malah jeriji besi tingkap dapur rumahnya turut dilarikan pencuri.
Norhaiyati Omar berkata, beliau mendapati wang simpanan sebanyak RM2,000 untuk persiapan hari raya dan barang kemas bernilai RM1,500 lesap selepas pulang ke rumahnya hari ini. "Ya Allah... saya rasa lembik satu badan apabila melihat wang persiapan hari raya pemberian suami habis hilang. Itulah simpanan suami saya yang merupakan seorang pesara polis,” katanya kepada Bernama di rumahnya di sini, hari ini.- Kosmo
Rabu, 17 Ogos 2011
Anak saudara MB disamun
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan