Jumaat, 25 Februari 2011

Pelaksanaan Gaji Minimum Hanya Retorik Politik

TVS NEWS

SHAH ALAM : Setelah 62 tahun menanti, adakah benar pada akhir tahun ini isu gaji minimum akan diselesaikan atau hanya sekadar omong pilihan raya umum ke-13.

Itu persoalan yang diajukan oleh ahli parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid ketika mengulas kenyataan Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam bahawa kerajaan akan mengumumkan kadar gaji minimum hujung tahun ini.

" Kalau 52 tahun dia ada peluang untuk buat, inikan pula lima tahun (kalau mereka menang PRU 13). Tak masuk akal dia boleh buat gaji minimum," kata Abdullah ketika dihubungi Tv Selangor.

Hakikatnya, isu gaji minimum bukanlah isu semasa. Ia dibawa oleh pemimpin-pemimpin terdahulu sejak tahun 30-an, 40-an. Namun begitu, isu gaji minimum tidak pernah selesai sehinggalah ia dikatakan akan diimplimentasikan akhir tahun ini.

Semalam, menterinya berkata, Akta Gaji Minimum dicadangkan akan dibawa ke Kabinet pada persidangan akan datang.

Namun menurut Abdullah, pelaksanaan gaji minimum tidak perlu ditunda hingga ke akhir tahun kerana ia sudah dituntut oleh rakyat sejak sekian lama.

Malah katanya, tindakan kerajaan melengah-lengahkan pelaksanaannya, menimbulkan kesangsian banyak pihak.

" Hujung tahun ini macam-macam boleh berlaku. Ini semua retorik. Saya tidak yakin, malah bertambah kesangsian setelah melihat ketidaksungguhan kementerian ini untuk mengadakan gaji minima. Sebenarnya gaji minima ini diminta sejak tahun 1949 lagi," jelas Abdullah.

Malah katanya, faktor tekanan yang diterima oleh kerajaan daripada syarikat-syarikat korporat, mungkin menjadi penghalang utama kepada pelaksanaannya.

Namun memandangkan PRU ke-13 semakin hampir, maka suntikan "feel good factor" perlu diberikan kepada rakyat.

" Memang saya percaya perkara ini tidak akan berlaku sebab ketidaksungguhan dan ketakutan Barisan Nasional terhadap kapitalis-kapital dan korporat-korporat yang sekarang ini menentang keras gaji minima. Saya tidak nampak kerajaan mempunyai kekuatan untuk mengadakan gaji minima ini.

Walau bagaimanapun,menurut Abdullah, janji-janji manis pilihan raya tidak diperlukan oleh Pakatan Rakyat.

Sekiranya rakyat memberikan mandat kepada gagasan itu, maka pelaksaan gaji minimum tidak memerlukan masa yang lama untuk dilaksanakan.

" (Isu) gaji minimum ini kalau kita perintah sepanjang tempoh 100 hari itu, kita sudah rangka. Kalau sesiapa yang ada pengalaman tentang gaji minimum ini,bila-bila masa pun ia bersedia, sama dengan Pakatan Rakyat, kita bersedia bila-bila pun," katanya.

11 ulasan:

Mohd Ishak berkata...

Gaji minimum amat diperlukan untuk menaik taraf kehidupan rakyat dan juga mengurangkan kemiskinan.

Mohd Ishak berkata...

Diharapkan kerajaan akan melaksanakan gaji minimum ini.

mandau berkata...

gaji minimum perlu dilaksanakan segera.

azman berkata...

gaji minimum sedang diusahakan. harap ianya akan dapat dilaksanakan.

Jason berkata...

Harap2x gaji minimum akan dilaksanakan.

Paquin berkata...

Tolonglah laksanakan gaji minimum. Sekurang-kurangnya dgn gaji minimum kenaikan barang tak terasa sangat.

Paquin berkata...

Tak dinafikan pelaksanaan gaji minimum harus memikirkan banyak aspek, namun sebolehnya pastikan gaji minimum dapat dilaksanakan demi kebaikan rakyat.

Hosie Masie berkata...

Sebaiknya jadikanlah itu sebagai satu realiti dan bukannya untuk mainan politik semata-mata.

nickko berkata...

sebelum ini kononnya Abdullah Sani akan terus memperjuangkan gaji minimum dan memperjuangkan hak pekerja, tapi bila kerajaan umumkan bahawa skim itu akan dilaksanakan, beliau tidak pula menyambut baik atau memberikan cadangan atau apa sahaja tindakan yang menjurus kepada kejayaan pelaksanaan itu. ini jelas membuktikan beliau bukanlah tokoh pekerja atau ikhlas berjuang untuk golongan pekerja, sebaliknya sekadar menggunakan isu itu untuk kepentingan politik beliau dan Pakatan semata2..

nickko berkata...

sebenarnya perjuangan gaji minimum oleh Pakatan hanya retorik. ketika mereka mahu ianya dilaksanakan, dalam masa yang sama mereka juga tidak mahu ianya dilaksanakan supaya mereka terus boleh mempergunakannya untuk kempen2 politik mereka. pelaksanaan gaji minimum ini bukan sesuatu yang mudah. negara2 yang telah melaksanakannya juga mengambil masa lebih dari sepuluh tahun. mungkin hanya Pakatan sahaja di dunia ini yang boleh melaksanakan gaji minimum ini dalam masa 100 hari....

Tanpa Nama berkata...

Anyway, I do hope the minimal wage policy will be implemented.