THE MALAYSIAN INSIDER
KUALA LUMPUR — Harga petrol RON97 naik sebanyak 10 sen seliter mulai tengah malam ini, demikian menurut sumber-sumber industri hari ini.
Dengan kenaikan itu bahan api RON97 akan dijual RM2.50 seliter.
Ini kenaikan kali kedua tahun ini. Ia mengalami kenaikan, juga10 sen seliter berkuat kuasa 5 Januari lalu.
Harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Disember lalu, menjadikan RM2.30 seliter.
“Kenaikan kali ini hanya membabitkan petrol RON97, yang lain-lain kekal tidak berubah,” kata sumber ketika dihubungi The Malaysian Insider.
15 ulasan:
RON97 naik lagi. Tukarlah kepada RON95.
nampaknya RON97 akan terus meningkat.
Balik2x juga.....
Kenapa mesti naikkan harga RON97???
Apapun, saya harap tiada lagi kenaikan harga pada RON97..
harap tiada lagi kenaikan harga dalam masa terdekat ini.
peniaga juga diharap tidak akan mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barangan lain pula.
mungkin negara atau kerajaan tidak mampu mengelak dari kenaikkan harga petrol ini, tapi rakyat masih boleh mengelakkannya dengan beralih kepada RON95.
kenaikkan bahan api sentiasa berlaku, tapi pendapatan rakyat tidak pernah berubah. saya harap kerajaan dapat melakukan sesuatu bagi menyeimbangkan kenaikan ini dengan kuasa beli rakyat.
Harga minyak RON97 pernah mencecah hingga RM2.70..Adakah perkara ini akan berulang lagi??Sekarang sudah RM2.50..
Aduii naik lagi.. hhmmm sama2 lah kita guna RON95 kalau mcm ni. hehe
Saya harap kerajaan dapat lakukan sesuatu bagi mengurangkan bebanan rakyat dlm kes ni.
harap harga bagi diesel dan RON95 kekal..
namun kenaikkan harga minyak RON97 pasti akan mempengaruhi harga barangan keperluan..gaji minimum belum dilaksanakan dan harga barangan melambung tinggi..jika keadaan ini berterusan, rakyat akan bertambah susah..kos hidup masa kini semakin mahal dan amat dirasai oleh golongan berpendapatan rendah..
kerajaan harus lakukan sesuatu agar kehidupan rakyat lebih baik..jika tidak mungkin akan mengundang perkara tidak diingini seperti apa yang sedang berlaku di luar negara.
Catat Ulasan