Jumaat, 4 Februari 2011

Exco Selangor Sokong Pemuda Bantah Presiden Mesir

leh Suara Keadilan

YS3YB Dr Yaakob Sapari hari ini melahirkan rasa sokongan kepada golongan anti kerajaan di Mesir khususnya golongan belia yang berhimpun dalam rapat umum bagi menunjukkan sikap mereka menolak rejim Husni Mubarak yang telah memerintah selama 30 tahun.

Revolusi yang berlaku ini memuncak apabila hampir 2 juta rakyat keluar berhimpun di Dataran Tahrir dan menggesa agar presiden negara itu meletak jawatan dengan segera. Ramai pemuda telah keluar rumah dan berkhemah di jalan raya semenjak protes itu bermula pada 25 Januari yang lalu seluruh Mesir.

Sejarah Mesir yang begitu hebat banyak dicalari dengan pelbagai kisah antara kezaliman pemerintah dengan rakyat yang tertinda. Ia bermula daripada zaman Firaun hingga ke hari ini. Perjuangan rakyat mesir yang menuntut sistem yang adil, kebebasan bersuara , sering berhadapan dengan pemerintah yang bersifat brutal.

Ramai pemimpin masyarakat yang memperjuangkan hak rakyat ditangkap, dibunuh dan dinafikan hak untuk mendapatkan perbicaraan secara adil. Antara mereka yang dizalimi adalah pejuang rakyat seperti Hassan Al-Banna, Syed Qutb dan lain-lain.

Menurut Laporan Pembangunan Sumber Manusia Mesir 2010, masalah utama negara tersebut adalah kadar pengganguran yang tinggi khusunya dikalangan belia. Selain itu,kadar buta huruf yang tinggi iaitu sebanyak 27.4 % menyumbang kepada ramai rakyat mesir terjerumus dalam kancah kemiskinan.

Hal ini dirumitkan lagi apabila budaya rasuah menular dalam pentadbiran kerajaan. Pada tahun 2010, Corruption Perseption Index (CDI) menunjukkan Mesir jatuh di tangga ke 98 dengan 3.1 CDI. Pada masa yang sama Qatar sebuah negara Arab yang sedang membangun berjaya menduduki tempat ke 17dengan 7.7 CDI, 1 tangga di depan United Kingdom.

Menurut YB Dr Yaakob Sapari selaku EXCO kerajaan negeri Selangor berkata, kebangkitan rakyat Mesir banyak dicetuskan oleh golongan belia. Laman web seperti Twitter, Facebook dan blog menjadi menjadi ruang dan medan untuk berinteraksi antara satu sama disamping melahirkan rasa tidak puas hati mereka kepada kerajaan dan mendesak agar Husni Mubarak berundur.

Hal yang serupa berlaku di Indonesia, dimana rejim Suharto digulingkan oleh golongan mahasiswa yang beerjaya mendesak Presiden Indonesia yang ke-2 itu meletak jawatan.

Beliau yang juga Timbalan Biro Pendidikan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggesa agar belia dan mahasiswa di Malaysia segera bangkit dan mengambil semangat belia di Mesir untuk bangun dan menuntut keadilan. Isu pengganguran di kalangan belia, Akta AUKU, ISA dan isu kebebasan bersuara merupakan isu yang harus dipandang serius oleh golongan belia.


Tiada ulasan: