MALAYSIA KINIEkoran penyertaannya dalam perhimpunan antipresiden Mesir Hosni Mubarak di pada 4 Februari lalu, polis mengunjungi rumah setiausaha Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan di Kajang bagi merakamkan keterangannya.
"Arutchelvan (kanan, berbaju merah)) menolak memberikan sebarang kenyataan kepada polis kerana Notis 111 Kanun Acara Jenayah tidak menetapkan tarikh dan masa beliau perlu melakukannya.
"Beliau (Arutchelvam) mengabaikan notis yang tidak sempurna itu dan menyifatkannya sebagai gangguan dan ugutan kepada pihak yang terlibat menjayakan demonstasi pada hari tersebut," demikian menurut kenyataan daripada ibu pejabat PSM di Kuala Lumpur.
Menurut kenyataan itu lagi, polis turut mengugut akan mendapatkan waran tangkap sekiranya Arutchelvan enggan memberikan kenyataan semalam.
Arutchelvan membuat aduannya pada jam 9 malam tadi di balai polis Kajang berhubung perkara itu.
"Nampak seperti mereka sekarang mahu membangkitkan rasa takut dan cuba menghentikan mobilisasi dalam isu ini," kata kenyataan itu lagi.
"Perdana menteri memperingatkan rakyat Malaysia untuk belajar daripada Mesir berhubung berlakunya kekacauan jika terjadinya demonstrasi, tetapi belum menyatakan sokongan terhadap desakan supaya Hosni Mubarak meletakkan jawatan."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan